Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

CLEARANCE SALE
Ni hasil mengemas alamari. Nampak banyak baju dah tak pakai sebab bertukar profesion dan saiz badan. Look at the descriptions under the images. Happy viewing!

**semua harga termasuk postage. Boleh runding kalau serius nak beli ye.


Baju mengandung
Saiz : XL
Jenama : Puteri
Special : Beadings pada bahagian dada
Baju panjang sampai bawah lutut. Boleh pakai dengan kain atau seluar panjang hitam. Kain lembut.
Harga : RM 50
Kategori : Used once

(close up)




Blouse
Saiz : 38
Jenama : Rasa Sayang
Special : Beadings pada bahagian dada
Harga : RM 20
Kategori : New

(close-up)



Blouse
Saiz : Free Size
Special : Kain memeri - mengikut saiz badan
Harga : RM 30
Kategori : New



Blouse
Saiz : Free size
Jenama : Queen
Harga : RM 20
Kategori : Used


Kemeja (ladies)
Saiz : XXL
Jenama : Scarlet
Harga : RM 40
Kategori : Used once


Blouse
Saiz : XL
Jenama : Lovely
Baju ni jarang. Kena pakai dengan inner hitam
Harga : RM 40
Kategori : Used


Cardigan
Saiz : 38
Jenama : Radioactive
Colour macam color luntur.
Harga : RM 30
Kategori : Used


Jubah (custome made)
Saiz : S - M
Harga : RM50
Kategori : Used



Jubah (custome made)
Saiz : S - M
Harga : RM50
Kategori : Used

Wednesday, March 7, 2012

JIKA SUDAH BERANAK-PINAK, NAK JADI PENGANGGUR BERTAULIAH..?

Kita selalu dengar orang kata: " Perempuan tak payah belajar tinggi-tinggi. Akhirnya ke dapur juga.."

Betul ke statement tu? Tak patut perkecilkan perempuan yang belajar tinggi tapi akhirnya jadi suri rumah. Pendidikan awal untuk anak penting. Perkembangan anak kena pantau. Jadi, suri rumah yang belajar tinggi lebih bagus sebab boleh ajar anak kan? 

Tapi, camana camana pun, peranan suri rumah memang tak wajar diperkecilkan. Kalau tak, kenapa orang bekerjaya nakkan pembantu rumah..?


DIA TIDAK BEKERJA?????

Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor    : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor    : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor    : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor    : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor    : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor    : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor   : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor    : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. 

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! 

Fikir2kan dan renung2kanlah...


**Tak salah kan kalau ada ijazah DAN nak jadi suri rumah yang berjaya.?

Sunday, February 12, 2012

LULUS AKHIRNYA

Alhamdulillah, akhirnya habis dah semua-semua belajar dan periksa di UIA yang tercinta. Walaupun subjek syariah tu takdelah pandai sangat belajarnya, tapi masa belajar tu best... Tau macam-macam benda yang kadang-kadang nampak remeh tapi implikasinya besar dalam hidup kita khususnya perempuan. Contohnya, hak-hak perempuan sebagai isteri. Kalau nak ikutkan suami memang patut sediakan pembantu untuk isteri di rumah. Tugasnya menolong isteri membuat kerja-kerja rumah. Kerja-kerja rumah nampak simple tapi kalau dah buat semua, penatnya terasa. Memanglah untuk orang-orang biasa tak wajib tapi kalau perempuan bangsawan (bangsa arab) & keluarga diraja tu hukumnya wajib sediakan. Sebab tu dalam Islam, nak kahwin pun kena sekufu, baru la rumahtangga aman damai.

Kita-kita perempuan zaman sekarang ni ramai yang kerja untuk bantu suami cari nafkah sara hidup yang tinggi. Ikut logik, walaupun bukan dari golongan diraja tapi memang patut kita dapat pembantu untuk uruskan kerja-kerja rumah, kan? 
^-^

Friday, January 13, 2012

Exam

I'm having my final exam for final semester, LLBS. insyaAllah :) 


paper shariah semua bahasa arab. Interview chambering nanti bahasa inggeris la plak! penat tune otak.

Sunday, December 11, 2011

Bakal Pengantin, Sudahkah Anda Bersedia?

I wasn't supposed to do this to myself but I think it is a good reminder for me.. (blurgh) Ok, let's see... This is BEFORE :(





And this is AFTER :)




since dah kemas, boleh la letak gambar besar gedabak, kan ;p

You should have your room neat and tidy everyday, not once in a while. Sedarlah sikit awak tu alergik. Nanti kalau tumbuh lagi kudis-kudis tu sapa yang susah? Awaaakkk jugaaakkk...

Erk.. balik kepada topik. Camana U nak kahwin ni? Dah sedia ke? Urgh...

Friday, November 18, 2011

Over and Above, Beyond the Limit


Tadi ada klik blog umar, ada entry pasal budak umur 14 tahun mengaku dia dah tiada dara.

Persepsi terhadap lelaki dan perempuan berbeza.
Contoh paling senang, orang pandang rendah janda, tapi duda? Tidak. 
Contoh lagi, orang pandang hina perempuan tiada dara, tapi lelaki tiada teruna? Tidak.
Lagi contoh, orang pandang remeh janda bela anak lima, tapi kalau lelaki bela anak lima? Dia dipandang mulia.

Jadi jangan kata dunia tidak adil. Jangan pernah sebut Allah tidak adil. Sesungguhnya manusia lah yang tidak adil, kerana mind-setting yang salah dan persepsi yang gila berat sebelah.

Ini berlaku di dunia kita terutama di negara-negara Arab. Daripada apa yang ustazah Halima cerita (Algerian), kalau perempuan kena rogol, mengandung dan melahirkan, banyak family tak boleh terima dan membuang perempuan tersebut. Putus kasih putus saudara. Sebab itu dalam banyak kejadian, mereka takkan balik ke rumah. Sama ada pergi menumpang rumah sesiapa atau terus merantau membina kehidupan sendiri. Betapa tertindasnya wanita dengan ideologi manusia yang jahil.

Sebelum kedatangan Islam, perempuan sangat hina. Kedudukannya bagaikan hamba malah lebih teruk dari itu. Sebagai contoh, perempuan boleh diwarisi seperti harta yang tidak bernyawa. Selepas kedatangan Islam, Allah meninggikan darjat wanita. Haram membunuh bayi perempuan kerana mereka tidak berdosa. Antara ibu dan ayah, ibu didahulukan 3 kali berbanding ayah kerana ibu mengandung dan melahirkan, menjaga dan membesarkan. Ibu adalah sekolah pertama dalam hidup kita.

Berbalik kepada cerita budak mengaku dah takde dara tu,  ini je I nak cakap kat U sebenarnya; tak takut ke takde orang nak kahwin dengan kau?

Masa sekolah menengah, Ustazah Ainon ada cakap, kalau kita buat dosa, jangan cakap kat orang, sebab Allah dah tutup aib kita – orang tak tahu kita buat dosa tu – kalau kita sendiri cerita, kita zalim dengan diri sendiri 2 kali. Yang pertama, buat dosa, keduanya, cerita benda tu kat orang lain.

Wallahua’lam

Saturday, April 16, 2011

! Bridegroom tak mampu nak cari duit bayar HANTARAN anak dara sekarag ni ¡

Perasan atau tidak, bride millennium ni paling sikit duit hantarannya RM10, 000.00 hmmm mahal betul belanja hantaran. Orang biasa macam kita tak patut compare belanja hantaran kahwin dengan artis. Walaupun artis keluar duit banyak untuk belanja hantaran, benda-benda lain macam pelamin and baju nikah sanding dorang kan sponsored. So, why we bothered asked and then “hui… mahalnya belanja hantaran…” memang takkan sama la dik non. Depa tu artis, hang orang kebanyakan. Kadang tu nak tergelak juga. Artis tu kan orang kebanyakan juga? Bukan kerabat diraja, right? Yelah walaupun ramai artis kahwin dengan Datuk Dato’ Tan Sri Dato’ Seri dsb tapi for me they all still orang biasa cam kita.

Kenapa ye? Kenapa mahal sangat?

Tahun lepas my lecturer kahwinkan anak sedara dia. Perempuan tu doctor. Husband dia pun doctor juga. Tahu hantaran dia berapa? RM3000 sahaja. Kami yang dok dengar dia cerita terasa macam dush3 nak lempang diri sendiri. Tak malu. I grad pun dak lagi dok berangan la nak hantaran sampai RM10,000. Lecturer tu cerita la father bride tu mintak hantaran up sikit since anak dara dia doctor so lecturer tu up la SIKIT. I mean, SIKIT betul. RM500 je. Dia naikkan jadi RM3500. ^___^ lawak pun ye. Walaupun camtu, betul juga kata dia. “Saya nak kahwinkan anak sedara saya, bukan nak jual dia. Nak buat apa hantaran mahal-mahal? Lepas kahwin nak makan apa, pasir?”

Nabi ada berpesan kat kita, sebaik-baik perempuan adalah yang murah maharnya. Kita kahwin sebenarnya dah ada mahar. Yang ikut negeri tu. Macam I orang Selangor, mahal sikit la dari negeri lain, RM300. ((Sama je anak dara dengan janda ;p))

Tapi, apa pun, dalam Islam kita dibenarkan ikut adat. Hukum dalam Islam pun ada consider adat (‘uruf) so tak salah la kan kalau hantaran i.e. belanja kahwin tu ikut ‘harga semasa’. Cuma, masalahnya sekarang ni kita lebihkan adat bukan agama. Bila belanja kahwin membebankan bakal pengantin, tu kan tak patut? Arghhh…

Satu lagi, betul ke yang duit hantaran tu kena bagi parents? Tu belanja kahwin eh? Family I duit hantaran ni pengantin perempuan punya. Parents dapat duit lain, yang tetamu datang pastu sebelum balik tu kan dorang salam dengan parents sambil hulur duit. Tu duit parents la, kan? Jadi kenapa ada parents-parents yang sibuk nak letak belanja hantaran mahal gila. I betul-betul tak faham pasal ni.

Tu baru isu parents. Belum makcik-makcik yang kepoci lagi. Kalau ada pulak makcik-makcik stail ni ikut menyemak masuk campur masa pihak-pihak bincang harga hantaran (masa bertunang la ni), lagi naya.

Ada la aritu I cakap nak kahwin bla bla bla… last-last father I cakap camni “senang-senang kumpul 4 5 ribu, tunang, nikah terus, senang.” Wow! Hehe brilliant sungguh idea tersebut. Walaupun dengar macam best dan nampak macam senang je nak buat, I don’t really believe that can happen in my family ^__^ bukan apa, kami ni memang la sempoi je kalau nak ikutkan. Tapi, sedara kita kan ramai. Takkan kahwin tak buat kenduri. Dan kenduri pulak tu takkan tak jemput orang kampung? Kalau tak jemput, mengamuk la makcik-makcik I yang tersayang tu. Karang timbul skandal I ni dah berisi ke nak kahwin cepat sangat buat majlis ala kadar saja? Walaupun sunat kahwin dan tak payah heboh-heboh seantero dunia tapi kia tak patut menimbulkan syakwasangka orang. So better I kumpul duit dan kahwin dengan adat dan sama macam mana orang lain kahwin.

Dan kahwin ni bukannya cerita AKU dan DIA sahaja. Tapi ia melibatkan family kedua-dua pihak. Harus la tanya bila yang sana free, bila yang sini free, nak buat majlis di mana dsb…

OK, last but not least…

Kalau bridegroom-to-be tu mampu pun, mungkin perbelanjaan lepas kahwin tu yang lebih patut dirisaukan. Most of the time, bila orang tanya “bila ko nak kahwin?” I selalu jawab, “takde duit”. Afterwards, maybe I should say “belum rezeki lagi,”. Sebab apa yang kita sebut tu kan DOA? Jadi, patut la I ni tak kahwin kahwin lagi kan. Asyik dok sebut takde duit je. Betul-betul la I takde duit. Isk3… 

Saturday, March 26, 2011

QUEST FOR MYSELF

I wanna get married but I don't know for sure if I am ready for MARRIAGE. So I'll try to answer the quest.

  • Kenapa nak kahwin ek? Dalam Islam, menyempurnakan agama. As for me, maybe sebab I rimas orang asik tanya, “bila nak kawin?”
  • The fact is, I love him, and he love me. Tu je la. Apa lagi? 
  • If he don’t wanna marry me, then I guess I’ll leave him. Cewah… ye la tu! Sayang kot.
  • I need money money money. That’s all.
  • I have to get married so that I can see him every day. Penat lah rindu awak!
  • We are meant to be and I always pray that even though he maybe not for me, oh Allah, please… I love him and I wanna be with him forever. Quite recently I found out that he pray the same!
  • I need to find the solution so that my EW days can be as early as possible.
  • No more WHY needed.
  • The situation will be different if I am rich and so he is.
  • I need to know how much I am prepared to get married before I actually get married to someone. I am not only getting married with him BUT I am marrying his family. So I really have to know, am I prepared for this?
  • I can ask him about his family. SHOULD I ?
  • My family will automatically be involved when I start preparing for my EW days.
  • Where? We are yet to have enough money. That’s where the issue arise.
  • The impact is clear, everything kena ada duit maa. Kerja kawin memang pakai banyak duit.
  • Yes, where to get married is important. 
  • Because kawin ni ikut sunnah nabi, orang kena tau. So, buat kat rumah afdhal.
  • I am trying to please everybody.
  • Everyone cares. I, him, my family and his family will be affected. Contohnya nanti nak  balik raya… affected kan?
  • As I said, EVERYBODY.
  • Again, EVERYBODY.
  • The issue arise when I wanna get married. The actual date is unknown. Sedar-sedar je I always ask him, “abang, bila kita nak kawin?” Ada sekali tu dia jawab camni, “yang, kalau abang ada duit, semalam lagi kita da kawin” haha since then, I never ask.
  • We need to act now.
  • My target is before I reach 27 insyaAllah.


"I wanna be a billionaire... so freaking bad..."