Friday, October 21, 2011

Nikah Rahsia

Pernikahan yang dirahsiakan dan tidak diwar-warkan kepada orang ramai.

Perbezaan antara nikah rahsia (NR) dengan nikah yang tidak didaftarkan (NTD).
1) NTD memenuhi syarat-syarat nikah tetapi tidak didaftarkan. Ia sah dari segi syarak dan tidak memberi kesan kepada kesahihan nikah tersebut memandangkan "pendaftaran" bukan salah satu syarat sah nikah. 
2)  Sebaliknya, NR menyalahi NTD iaitu suami isteri bersepakat dengan wali dan saksi supaya tidak menghebahkan nikah tersebut, sama ada didaftarkan atau tidak.

Pendapat ulama' dan dalil-dalil mereka.
1) Syafi'iyah, Hanafiah & Hanabilah bersetuju bahawa NR dibolehkan.

dalil
i) hadith Nabi (s.a.w) la nikah illa bi wali; mafhum hadith: nikah sah dengan izin wali. Nabi tak kata; tidak sah nikah yang dirahsiakan.

ii) Qiyas kepada jual beli; kedua-duanya ialah 'aqd mu'awadhah min jalibain (melibatkan kedua belah pihak), dan tidak disyaratkan mengiklankan akad jual beli. Oleh itu, sama sepertinya, tidak disyaratkan mengiklankan akad nikah.

iii) Syarat nikah diiklankan, tapi dah ada iklan sebab ada 2 orang saksi, dan itu cara yang selaras dengan syarak. Dengan adanya saksi-saksi tersebut, nikah itu bukanlah nikah rahsia.

2) Malikiah & sebahagian Hanabilah berpendapat bahawa NR tidak sah (batil).

dalil
i) Telah diriwayatkan bahawa sampai khabar kepada Umar dalam satu majlis akad nikah, cuma seorang lelaki & seorang perempuan menjadi saksi (tak memenuhi syarat saksi 2 orang lelaki @ seorang lelaki + 2 orang perempuan). Umar tak membenarkan nikah tersebut.

Walaubagaimanapun, penulis tidak bersetuju dengan dalil ini. Pada pandangan beliau, ini bukan NR tetapi nikah batil kerana tidak memenuhi syarat nikah. Jadi, dalil ini tidak dipertimbangkan sama sekali.

ii) Qiyas kepada "couple" kerana tiada beza antara couple dengan pasangan suami isteri yang tidak diketahui sah akad nikahnya. Pada pandangan umum, mereka belum berkahwin dan tiada ikatan sah sebagai suami dan isteri. Dalam Islam, perbezaan antara halal dan haram adalah jelas. Jadi, NR boleh menimbulkan syakwasangka dengan tiada beza yang nyata antara halal dan haram.

Kesimpulannya, NR menyalahi maksud sebenar syarak iaitu memelihara keturunan. Contohnya, jika wali dan saksi-saksi dalam NR mati, kemudian suami mendakwa dia tidak pernah mengahwini isterinya, ia akan menimbulkan masalah kecuali jika nikah ini didaftarkan ataupun isteri mempunyai bukti kukuh menunjukkan mereka telah berkahwin. Jika tidak, orang ramai pasti meragui hak isteri dan anak tersebut. 

No comments:

Post a Comment