Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

JIKA SUDAH BERANAK-PINAK, NAK JADI PENGANGGUR BERTAULIAH..?

Kita selalu dengar orang kata: " Perempuan tak payah belajar tinggi-tinggi. Akhirnya ke dapur juga.."

Betul ke statement tu? Tak patut perkecilkan perempuan yang belajar tinggi tapi akhirnya jadi suri rumah. Pendidikan awal untuk anak penting. Perkembangan anak kena pantau. Jadi, suri rumah yang belajar tinggi lebih bagus sebab boleh ajar anak kan? 

Tapi, camana camana pun, peranan suri rumah memang tak wajar diperkecilkan. Kalau tak, kenapa orang bekerjaya nakkan pembantu rumah..?


DIA TIDAK BEKERJA?????

Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor    : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor    : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor    : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor    : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor    : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor    : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor   : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor    : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. 

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! 

Fikir2kan dan renung2kanlah...


**Tak salah kan kalau ada ijazah DAN nak jadi suri rumah yang berjaya.?

Sunday, February 12, 2012

LULUS AKHIRNYA

Alhamdulillah, akhirnya habis dah semua-semua belajar dan periksa di UIA yang tercinta. Walaupun subjek syariah tu takdelah pandai sangat belajarnya, tapi masa belajar tu best... Tau macam-macam benda yang kadang-kadang nampak remeh tapi implikasinya besar dalam hidup kita khususnya perempuan. Contohnya, hak-hak perempuan sebagai isteri. Kalau nak ikutkan suami memang patut sediakan pembantu untuk isteri di rumah. Tugasnya menolong isteri membuat kerja-kerja rumah. Kerja-kerja rumah nampak simple tapi kalau dah buat semua, penatnya terasa. Memanglah untuk orang-orang biasa tak wajib tapi kalau perempuan bangsawan (bangsa arab) & keluarga diraja tu hukumnya wajib sediakan. Sebab tu dalam Islam, nak kahwin pun kena sekufu, baru la rumahtangga aman damai.

Kita-kita perempuan zaman sekarang ni ramai yang kerja untuk bantu suami cari nafkah sara hidup yang tinggi. Ikut logik, walaupun bukan dari golongan diraja tapi memang patut kita dapat pembantu untuk uruskan kerja-kerja rumah, kan? 
^-^

Friday, January 13, 2012

Exam

I'm having my final exam for final semester, LLBS. insyaAllah :) 


paper shariah semua bahasa arab. Interview chambering nanti bahasa inggeris la plak! penat tune otak.

Friday, November 18, 2011

Over and Above, Beyond the Limit


Tadi ada klik blog umar, ada entry pasal budak umur 14 tahun mengaku dia dah tiada dara.

Persepsi terhadap lelaki dan perempuan berbeza.
Contoh paling senang, orang pandang rendah janda, tapi duda? Tidak. 
Contoh lagi, orang pandang hina perempuan tiada dara, tapi lelaki tiada teruna? Tidak.
Lagi contoh, orang pandang remeh janda bela anak lima, tapi kalau lelaki bela anak lima? Dia dipandang mulia.

Jadi jangan kata dunia tidak adil. Jangan pernah sebut Allah tidak adil. Sesungguhnya manusia lah yang tidak adil, kerana mind-setting yang salah dan persepsi yang gila berat sebelah.

Ini berlaku di dunia kita terutama di negara-negara Arab. Daripada apa yang ustazah Halima cerita (Algerian), kalau perempuan kena rogol, mengandung dan melahirkan, banyak family tak boleh terima dan membuang perempuan tersebut. Putus kasih putus saudara. Sebab itu dalam banyak kejadian, mereka takkan balik ke rumah. Sama ada pergi menumpang rumah sesiapa atau terus merantau membina kehidupan sendiri. Betapa tertindasnya wanita dengan ideologi manusia yang jahil.

Sebelum kedatangan Islam, perempuan sangat hina. Kedudukannya bagaikan hamba malah lebih teruk dari itu. Sebagai contoh, perempuan boleh diwarisi seperti harta yang tidak bernyawa. Selepas kedatangan Islam, Allah meninggikan darjat wanita. Haram membunuh bayi perempuan kerana mereka tidak berdosa. Antara ibu dan ayah, ibu didahulukan 3 kali berbanding ayah kerana ibu mengandung dan melahirkan, menjaga dan membesarkan. Ibu adalah sekolah pertama dalam hidup kita.

Berbalik kepada cerita budak mengaku dah takde dara tu,  ini je I nak cakap kat U sebenarnya; tak takut ke takde orang nak kahwin dengan kau?

Masa sekolah menengah, Ustazah Ainon ada cakap, kalau kita buat dosa, jangan cakap kat orang, sebab Allah dah tutup aib kita – orang tak tahu kita buat dosa tu – kalau kita sendiri cerita, kita zalim dengan diri sendiri 2 kali. Yang pertama, buat dosa, keduanya, cerita benda tu kat orang lain.

Wallahua’lam

Friday, November 4, 2011

Penghapus Dosa 2 Tahun

SUMBER


Puasa hari Arafah juga dikenali dengan puasa hari Wukuf ialah puasa sunat pada hari kesembilan Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. 

Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda:“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Hari Arafah
i. Bagi penduduk Makkah, Hari Wukuf di Arafah adalah sehari sebelum Hari Nahar (Idul Adha) mengikut ketentuan kerajaan Arab Saudi.
ii. Bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.
iii. Hari Arafah (9 Zulhijjah) mempunyai keistimewaan tertentu yang sewajarnya diambil kesempatan oleh kaum muslimin.
iv. Masa berpuasa Arafah adalah 9 Zulhijjah mengikut ketentuan rukyah awal bulan Zulhijjah negara masing-masing.



9 Zulhijah tahun 2011 bersamaan dengan Sabtu, 5/11/2011, jom puasa ramai-ramai...!

Friday, October 21, 2011

Nikah Rahsia

Pernikahan yang dirahsiakan dan tidak diwar-warkan kepada orang ramai.

Perbezaan antara nikah rahsia (NR) dengan nikah yang tidak didaftarkan (NTD).
1) NTD memenuhi syarat-syarat nikah tetapi tidak didaftarkan. Ia sah dari segi syarak dan tidak memberi kesan kepada kesahihan nikah tersebut memandangkan "pendaftaran" bukan salah satu syarat sah nikah. 
2)  Sebaliknya, NR menyalahi NTD iaitu suami isteri bersepakat dengan wali dan saksi supaya tidak menghebahkan nikah tersebut, sama ada didaftarkan atau tidak.

Pendapat ulama' dan dalil-dalil mereka.
1) Syafi'iyah, Hanafiah & Hanabilah bersetuju bahawa NR dibolehkan.

dalil
i) hadith Nabi (s.a.w) la nikah illa bi wali; mafhum hadith: nikah sah dengan izin wali. Nabi tak kata; tidak sah nikah yang dirahsiakan.

ii) Qiyas kepada jual beli; kedua-duanya ialah 'aqd mu'awadhah min jalibain (melibatkan kedua belah pihak), dan tidak disyaratkan mengiklankan akad jual beli. Oleh itu, sama sepertinya, tidak disyaratkan mengiklankan akad nikah.

iii) Syarat nikah diiklankan, tapi dah ada iklan sebab ada 2 orang saksi, dan itu cara yang selaras dengan syarak. Dengan adanya saksi-saksi tersebut, nikah itu bukanlah nikah rahsia.

2) Malikiah & sebahagian Hanabilah berpendapat bahawa NR tidak sah (batil).

dalil
i) Telah diriwayatkan bahawa sampai khabar kepada Umar dalam satu majlis akad nikah, cuma seorang lelaki & seorang perempuan menjadi saksi (tak memenuhi syarat saksi 2 orang lelaki @ seorang lelaki + 2 orang perempuan). Umar tak membenarkan nikah tersebut.

Walaubagaimanapun, penulis tidak bersetuju dengan dalil ini. Pada pandangan beliau, ini bukan NR tetapi nikah batil kerana tidak memenuhi syarat nikah. Jadi, dalil ini tidak dipertimbangkan sama sekali.

ii) Qiyas kepada "couple" kerana tiada beza antara couple dengan pasangan suami isteri yang tidak diketahui sah akad nikahnya. Pada pandangan umum, mereka belum berkahwin dan tiada ikatan sah sebagai suami dan isteri. Dalam Islam, perbezaan antara halal dan haram adalah jelas. Jadi, NR boleh menimbulkan syakwasangka dengan tiada beza yang nyata antara halal dan haram.

Kesimpulannya, NR menyalahi maksud sebenar syarak iaitu memelihara keturunan. Contohnya, jika wali dan saksi-saksi dalam NR mati, kemudian suami mendakwa dia tidak pernah mengahwini isterinya, ia akan menimbulkan masalah kecuali jika nikah ini didaftarkan ataupun isteri mempunyai bukti kukuh menunjukkan mereka telah berkahwin. Jika tidak, orang ramai pasti meragui hak isteri dan anak tersebut.