Friday, November 18, 2011

Over and Above, Beyond the Limit


Tadi ada klik blog umar, ada entry pasal budak umur 14 tahun mengaku dia dah tiada dara.

Persepsi terhadap lelaki dan perempuan berbeza.
Contoh paling senang, orang pandang rendah janda, tapi duda? Tidak. 
Contoh lagi, orang pandang hina perempuan tiada dara, tapi lelaki tiada teruna? Tidak.
Lagi contoh, orang pandang remeh janda bela anak lima, tapi kalau lelaki bela anak lima? Dia dipandang mulia.

Jadi jangan kata dunia tidak adil. Jangan pernah sebut Allah tidak adil. Sesungguhnya manusia lah yang tidak adil, kerana mind-setting yang salah dan persepsi yang gila berat sebelah.

Ini berlaku di dunia kita terutama di negara-negara Arab. Daripada apa yang ustazah Halima cerita (Algerian), kalau perempuan kena rogol, mengandung dan melahirkan, banyak family tak boleh terima dan membuang perempuan tersebut. Putus kasih putus saudara. Sebab itu dalam banyak kejadian, mereka takkan balik ke rumah. Sama ada pergi menumpang rumah sesiapa atau terus merantau membina kehidupan sendiri. Betapa tertindasnya wanita dengan ideologi manusia yang jahil.

Sebelum kedatangan Islam, perempuan sangat hina. Kedudukannya bagaikan hamba malah lebih teruk dari itu. Sebagai contoh, perempuan boleh diwarisi seperti harta yang tidak bernyawa. Selepas kedatangan Islam, Allah meninggikan darjat wanita. Haram membunuh bayi perempuan kerana mereka tidak berdosa. Antara ibu dan ayah, ibu didahulukan 3 kali berbanding ayah kerana ibu mengandung dan melahirkan, menjaga dan membesarkan. Ibu adalah sekolah pertama dalam hidup kita.

Berbalik kepada cerita budak mengaku dah takde dara tu,  ini je I nak cakap kat U sebenarnya; tak takut ke takde orang nak kahwin dengan kau?

Masa sekolah menengah, Ustazah Ainon ada cakap, kalau kita buat dosa, jangan cakap kat orang, sebab Allah dah tutup aib kita – orang tak tahu kita buat dosa tu – kalau kita sendiri cerita, kita zalim dengan diri sendiri 2 kali. Yang pertama, buat dosa, keduanya, cerita benda tu kat orang lain.

Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment