Saturday, April 16, 2011

! Bridegroom tak mampu nak cari duit bayar HANTARAN anak dara sekarag ni ¡

Perasan atau tidak, bride millennium ni paling sikit duit hantarannya RM10, 000.00 hmmm mahal betul belanja hantaran. Orang biasa macam kita tak patut compare belanja hantaran kahwin dengan artis. Walaupun artis keluar duit banyak untuk belanja hantaran, benda-benda lain macam pelamin and baju nikah sanding dorang kan sponsored. So, why we bothered asked and then “hui… mahalnya belanja hantaran…” memang takkan sama la dik non. Depa tu artis, hang orang kebanyakan. Kadang tu nak tergelak juga. Artis tu kan orang kebanyakan juga? Bukan kerabat diraja, right? Yelah walaupun ramai artis kahwin dengan Datuk Dato’ Tan Sri Dato’ Seri dsb tapi for me they all still orang biasa cam kita.

Kenapa ye? Kenapa mahal sangat?

Tahun lepas my lecturer kahwinkan anak sedara dia. Perempuan tu doctor. Husband dia pun doctor juga. Tahu hantaran dia berapa? RM3000 sahaja. Kami yang dok dengar dia cerita terasa macam dush3 nak lempang diri sendiri. Tak malu. I grad pun dak lagi dok berangan la nak hantaran sampai RM10,000. Lecturer tu cerita la father bride tu mintak hantaran up sikit since anak dara dia doctor so lecturer tu up la SIKIT. I mean, SIKIT betul. RM500 je. Dia naikkan jadi RM3500. ^___^ lawak pun ye. Walaupun camtu, betul juga kata dia. “Saya nak kahwinkan anak sedara saya, bukan nak jual dia. Nak buat apa hantaran mahal-mahal? Lepas kahwin nak makan apa, pasir?”

Nabi ada berpesan kat kita, sebaik-baik perempuan adalah yang murah maharnya. Kita kahwin sebenarnya dah ada mahar. Yang ikut negeri tu. Macam I orang Selangor, mahal sikit la dari negeri lain, RM300. ((Sama je anak dara dengan janda ;p))

Tapi, apa pun, dalam Islam kita dibenarkan ikut adat. Hukum dalam Islam pun ada consider adat (‘uruf) so tak salah la kan kalau hantaran i.e. belanja kahwin tu ikut ‘harga semasa’. Cuma, masalahnya sekarang ni kita lebihkan adat bukan agama. Bila belanja kahwin membebankan bakal pengantin, tu kan tak patut? Arghhh…

Satu lagi, betul ke yang duit hantaran tu kena bagi parents? Tu belanja kahwin eh? Family I duit hantaran ni pengantin perempuan punya. Parents dapat duit lain, yang tetamu datang pastu sebelum balik tu kan dorang salam dengan parents sambil hulur duit. Tu duit parents la, kan? Jadi kenapa ada parents-parents yang sibuk nak letak belanja hantaran mahal gila. I betul-betul tak faham pasal ni.

Tu baru isu parents. Belum makcik-makcik yang kepoci lagi. Kalau ada pulak makcik-makcik stail ni ikut menyemak masuk campur masa pihak-pihak bincang harga hantaran (masa bertunang la ni), lagi naya.

Ada la aritu I cakap nak kahwin bla bla bla… last-last father I cakap camni “senang-senang kumpul 4 5 ribu, tunang, nikah terus, senang.” Wow! Hehe brilliant sungguh idea tersebut. Walaupun dengar macam best dan nampak macam senang je nak buat, I don’t really believe that can happen in my family ^__^ bukan apa, kami ni memang la sempoi je kalau nak ikutkan. Tapi, sedara kita kan ramai. Takkan kahwin tak buat kenduri. Dan kenduri pulak tu takkan tak jemput orang kampung? Kalau tak jemput, mengamuk la makcik-makcik I yang tersayang tu. Karang timbul skandal I ni dah berisi ke nak kahwin cepat sangat buat majlis ala kadar saja? Walaupun sunat kahwin dan tak payah heboh-heboh seantero dunia tapi kia tak patut menimbulkan syakwasangka orang. So better I kumpul duit dan kahwin dengan adat dan sama macam mana orang lain kahwin.

Dan kahwin ni bukannya cerita AKU dan DIA sahaja. Tapi ia melibatkan family kedua-dua pihak. Harus la tanya bila yang sana free, bila yang sini free, nak buat majlis di mana dsb…

OK, last but not least…

Kalau bridegroom-to-be tu mampu pun, mungkin perbelanjaan lepas kahwin tu yang lebih patut dirisaukan. Most of the time, bila orang tanya “bila ko nak kahwin?” I selalu jawab, “takde duit”. Afterwards, maybe I should say “belum rezeki lagi,”. Sebab apa yang kita sebut tu kan DOA? Jadi, patut la I ni tak kahwin kahwin lagi kan. Asyik dok sebut takde duit je. Betul-betul la I takde duit. Isk3… 

No comments:

Post a Comment