Wednesday, November 30, 2011

Misteri Hati

It has been 2 weeks since he fly to Germany. And everyday whenever I am alone, whenever he crosses my mind, tears fill in my eyes. I pray to HIM, when YOU decide to take him away, please take me as well. I dare not to think he leaves me behind. Luckily I have this cute little buddy. Walaupun tak hilang rindu boleh picit pipi bagi hilang geram..


Friday, November 18, 2011

Over and Above, Beyond the Limit


Tadi ada klik blog umar, ada entry pasal budak umur 14 tahun mengaku dia dah tiada dara.

Persepsi terhadap lelaki dan perempuan berbeza.
Contoh paling senang, orang pandang rendah janda, tapi duda? Tidak. 
Contoh lagi, orang pandang hina perempuan tiada dara, tapi lelaki tiada teruna? Tidak.
Lagi contoh, orang pandang remeh janda bela anak lima, tapi kalau lelaki bela anak lima? Dia dipandang mulia.

Jadi jangan kata dunia tidak adil. Jangan pernah sebut Allah tidak adil. Sesungguhnya manusia lah yang tidak adil, kerana mind-setting yang salah dan persepsi yang gila berat sebelah.

Ini berlaku di dunia kita terutama di negara-negara Arab. Daripada apa yang ustazah Halima cerita (Algerian), kalau perempuan kena rogol, mengandung dan melahirkan, banyak family tak boleh terima dan membuang perempuan tersebut. Putus kasih putus saudara. Sebab itu dalam banyak kejadian, mereka takkan balik ke rumah. Sama ada pergi menumpang rumah sesiapa atau terus merantau membina kehidupan sendiri. Betapa tertindasnya wanita dengan ideologi manusia yang jahil.

Sebelum kedatangan Islam, perempuan sangat hina. Kedudukannya bagaikan hamba malah lebih teruk dari itu. Sebagai contoh, perempuan boleh diwarisi seperti harta yang tidak bernyawa. Selepas kedatangan Islam, Allah meninggikan darjat wanita. Haram membunuh bayi perempuan kerana mereka tidak berdosa. Antara ibu dan ayah, ibu didahulukan 3 kali berbanding ayah kerana ibu mengandung dan melahirkan, menjaga dan membesarkan. Ibu adalah sekolah pertama dalam hidup kita.

Berbalik kepada cerita budak mengaku dah takde dara tu,  ini je I nak cakap kat U sebenarnya; tak takut ke takde orang nak kahwin dengan kau?

Masa sekolah menengah, Ustazah Ainon ada cakap, kalau kita buat dosa, jangan cakap kat orang, sebab Allah dah tutup aib kita – orang tak tahu kita buat dosa tu – kalau kita sendiri cerita, kita zalim dengan diri sendiri 2 kali. Yang pertama, buat dosa, keduanya, cerita benda tu kat orang lain.

Wallahua’lam

Monday, November 14, 2011

Musim Kenduri Kahwin


Start minggu ni, every weekend ada wedding ex-Hamidian and SKD. Mentang-mentang lah dah start cuti sekolah kan. Sampai takde gap dorang buat wedding. Hehehe… pening gak nak pergi semua ni. Fulus needed okeh. Duit minyak, hadiah untuk pengantin, makan on the way nak pergi tu kalau wedding jauh lah. Tapi kan, satu tabiat I kalau takde geng, tak pergi lah jawabnya ^-^ bukan senang nak pergi wedding kalau takde member. Nanti nak sembang takde geng, sangat lah tak syok. Lagipun, driver takde, terbang pergi Germany. Sob3 sedih~

Siap tulis salam perantauan.. sangat poyo ok..! haha




cepat balik...!
rindu kamu

Monday, November 7, 2011

SENARAI PANJANG *instead of checklist


It was quite sudden that we decide to engage. We pick date and start to make some preparation. Almost every weekend we go out find things like flowers for hantaran, alas dulang, goodies and what not. Her aunt said “takpe… bertunang ni buat ringkas-ringkas je…” huh. Lega ada makcik yang sempoi dan memahami. It was me actually who pick the date sebab susah sikit nak tunggu sebelah sana pilih tarikh. My other half said, up to his tokwan. Hai… susah la nak tunggu tokwan free. Dah la tokwan selalu mandikan mayat, banyak kenduri kena attend, pastu kat sebelah sana pulak ada dua kenduri dah set tarikh – bulan November and December. At last, I myself pick the date. Hihi… pedulikan.

Budget punya pasal, we cut many things and do them as simple as we can. Itupun after we’ve done with everything, my friends and cousins said “not bad… banyak budget…?!” I was like “hmmm…? Dah habis simple kot ni…” (dalam hati je la) haha Nampak sangat la membazirnya kitorang ni.

We buy quite everything related to hantaran at Nilai Square, Nilai. To be specific, ThankQ Pavillion. Senang shopping kat situ, semua di bawah satu bumbung. Oh ye, kalau tak ada kat TQ besar tu, ada branch dia yang kecil sikit. Jalan-jalan one day, dapat beli semua. Siap ada contoh hantaran kat sana. Buat survey sekejap, pick color theme and then we start buy things needed. Simple! Well, itupun ada la patah balik cari benda yang tak ada macam manik kilat-kilat and bunga kecil-kecil untuk accessories kat hantaran. But then as a whole I puas hati dengan hasilnya.

Basically, yang kat Nilai tu, Cuma bekas barang hantaran je. Barangnya belum cari. The next weekend, we go to KL – Sogo, Masjid Jamek, Jalan TAR. As I said, we did as simple as we can. Asalnya, buat 5-7 je. Jadi, bagi yang wajib je. Untuk perempuan (mine), sireh, kek, sejadah, telekung and baju persalinan (untuk nikah). For my other half, sireh, kek, baju persalinan, wallet and belt set, kain pelekat, cincin risik and tunang dengan kemeja and pants. Barang kering beli je mana yang jumpa. Tak ada nak survey sangat. Lagipun masa tu puasa faham-faham je lah kan. Bak kata my husband-to-be, jumpa, pakai jadi je lah. So, we did that.

Balik rumah, petang tu jugak jalan-jalan survey baju untuk hari kejadian. Mula tu kononnya, ingat nak beli. Tapi bila fikir balik, kos semuanya, baiklah tempah je. Sebab I ni banyak songeh. Si dia pun tak berapa rajin nak layan I pusing-pusing cari semua yang diperlukan. I cannot go by myself sebab taste tak sama nanti kalau dia tak suka, takkan nak masam muka masa bertunang, kan? I mean, if we decide to buy baju tunang tu, mesti nak accessories yang sesuai jugak. Then bayangkan nak settle semua tu, tak payah la. Jadi, kami pun pusing Kanchong Darat sampai pekan Banting cari butik pengantin. Tengok fesyen diorang ok ke tak then make-up plak. Tapi, prioritynya mestilah price. Eheh. The next day lepas habis consider semuanya, we decided to hire kak Nana from Nanako Bridal. Harga ok, servis pun awesome. My fiance pun puas hati dengan make-up dia.

Cincin memang antara yang paling awal cari sebab tu yang penting sekali kan, takut lupa last minute nanti. Lagipun, we have to consider yang harga emas cepat naik. Mahalnya emas sekarang aduhai. Beli 2 urat je nak dekat ribu. Tapi, kira ok lah tu kan, emas bukanya basi... Satu we all beli kat Habib Jewels. Satu lagi beli rembat Tomei punya. Dua-dua tu kat Alamanda, Putrajaya. 

Pasal gambar pulak, memang dah decide awal-awal takkan hire photographer. We both find it difficult to believe in their charges. Alahai, gambar je kot, apa yang mahal sangat tah. So, I asked my ex-roommate coz she used to do photography session untuk wedding. She said, belanja kita tambang pergi balik + makan tempat tinggal pun jadi lah, tak payah bayar. Alhamdulillah, settle!

Last but not least, tinggal rumah la, sebab rumah perempuan yang terima tetamu kan. My mom prepare the menu, cari bahan nak masak semua and call my makcik-makcik untuk majlis tu. Sponsored by my dad of course. Camana la nak bayar bayar balik agaknya ye? Thanks ibu, ayah. Sayang semua! Mwah.

Saturday, November 5, 2011

Building Relationship

It takes two to tango
That’s how you maintain good relationship
our feelings falter when we are weary
I don’t have energy for anyone when I’m weary
I become dependent on anyone who shows me the slightest concern

That is how a girl feels
That's how when someone we love leave her

So, don't worry when a girl cares about you so much so it irritates you. Starts to worry when she doesn't care any more.

Have faith in love. Try to understand your partner. Read about them physically and psychologically. InsyaAllah you will get along well together.

Friday, November 4, 2011

Penghapus Dosa 2 Tahun

SUMBER


Puasa hari Arafah juga dikenali dengan puasa hari Wukuf ialah puasa sunat pada hari kesembilan Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. 

Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda:“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Hari Arafah
i. Bagi penduduk Makkah, Hari Wukuf di Arafah adalah sehari sebelum Hari Nahar (Idul Adha) mengikut ketentuan kerajaan Arab Saudi.
ii. Bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.
iii. Hari Arafah (9 Zulhijjah) mempunyai keistimewaan tertentu yang sewajarnya diambil kesempatan oleh kaum muslimin.
iv. Masa berpuasa Arafah adalah 9 Zulhijjah mengikut ketentuan rukyah awal bulan Zulhijjah negara masing-masing.



9 Zulhijah tahun 2011 bersamaan dengan Sabtu, 5/11/2011, jom puasa ramai-ramai...!

Thursday, November 3, 2011

Make-up Bertunang

I love the finishing touch. She is so professional and damn good. 



She did not in any way do something I would not like. She did it very well. You can see more of her works HERE

Most of the time, when mak andam applies the make-up on pengantin, they tend to do whatever they like (or want in that matter) like plucking and refining eyebrows. They can't do that and they have no right too. My married older sister said her mak andam did that. I also saw another mak andam does that to my dearest friends and cousins. I don't know why but I think they thought it makes the make-up perfect. I just can't...  Allah forbids, we follow. 

I thanked her so much for the service. I and my fiancee indeed satisfied. Murah & puas hati. Berbaloi tempah dengan kak Nana. Her husband did photography too but we didn't take him - budget kot... Takpelah,baru bertunang kan. InsyaAllah wedding nanti we engage him as well - definitely will also depends on the budget... huuu

Anyhow, we got RM150 make-up + RM150 persalinan pluss accessories. Tempat lain yang kami survey semua charge another RM50 for accessories. We are really grateful for that. They are absolutely on the list for our not-so-soon wedding! (^_^) Thanks kak Nana. You are awesome!

Oh well, thanks to her husband, we get this photo for free! excited & happy - exclusively edited by him. cantik okeh. pro.

sengaja "antik"kan gambar ni, malu I hehe. Anyway, siapa cari servis pelamin, make-up pengantin and photography package (lengkap all in one), duduk area banting, dengkil, klang and shah alam, I suggest you all take them, gerenti puas hati. Kalau jauh-jauh pun boleh kot, but I guess you have to pay some extra charge service (pengangkutan la kot).

UPDATE : so sorry to Najwa sebab reply mesej lambat sangat...
pergi kat link ni ye Nanako Bridal & Photography, ada contact number dorang. 

Wednesday, November 2, 2011

Reading

It has been years I was away from myself. When I am supposed to be aware instead of away from me. After I read Jodi Picoult then i realized that I were once a sucker for books. Any types and anything relating to sports, machines, love, fiction and what not, should be fine. I am now in my 20s, not really interested in reading books, holding a law degree,  and yet not sure what am I going to do with it - given the fact that I am dying concluding my 2nd degree. I am keen to learn but I currently not into books. I love reading but not enjoying them when it comes to exam. Oh al-Khaliq, please give me back those interest which were once blossoms in me. I'd like to have them back. To the end of my life.