Showing posts with label Wedding preparation. Show all posts
Showing posts with label Wedding preparation. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

KAHWIN

Our first anniversary was on 31st August 2013. Kami balik kampung. Ibu masak special and kami makan secret recipe. My favourite chocolate indulgence. How lovely. Alhamdulillah, all went well. I am five month pregnant. Belum scan lagi baby lelaki ke perempuan.

Post ni bukan nak cerita pasal baby hehe. Nak tunjuk gambr nikah dengan kahwin je. Mengimbas memori katanya...

Again, we book everything with Nananko Bridal. Sama macam bertunang, semuanya buat sesimple yang boleh. We kept in mind yang lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit. So, semua tempah dengan Nanako, jimat dan senang runding, tak pening. Dari baju bersanding, make-up, wedding photoshoot (both nikah & outdoor) dan pelamin. Overall, kami puas hati dengan harga dan kerja mereka. Alhamdulillah. 

Gambar nikah sanding. Oh ye, bilik pengantin je tak tempah. Hias sendiri dengan bantuan sahabat handai dan saudara mara :)






Lepas ni mungkin boleh update pasal kerja, memandangkan sekarang dah tukar profession. Alhamdulillah, rezeki baby..!

Wednesday, March 7, 2012

JIKA SUDAH BERANAK-PINAK, NAK JADI PENGANGGUR BERTAULIAH..?

Kita selalu dengar orang kata: " Perempuan tak payah belajar tinggi-tinggi. Akhirnya ke dapur juga.."

Betul ke statement tu? Tak patut perkecilkan perempuan yang belajar tinggi tapi akhirnya jadi suri rumah. Pendidikan awal untuk anak penting. Perkembangan anak kena pantau. Jadi, suri rumah yang belajar tinggi lebih bagus sebab boleh ajar anak kan? 

Tapi, camana camana pun, peranan suri rumah memang tak wajar diperkecilkan. Kalau tak, kenapa orang bekerjaya nakkan pembantu rumah..?


DIA TIDAK BEKERJA?????

Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor    : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor    : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor    : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor    : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor    : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor    : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor   : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor    : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. 

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! 

Fikir2kan dan renung2kanlah...


**Tak salah kan kalau ada ijazah DAN nak jadi suri rumah yang berjaya.?

Sunday, December 11, 2011

Bakal Pengantin, Sudahkah Anda Bersedia?

I wasn't supposed to do this to myself but I think it is a good reminder for me.. (blurgh) Ok, let's see... This is BEFORE :(





And this is AFTER :)




since dah kemas, boleh la letak gambar besar gedabak, kan ;p

You should have your room neat and tidy everyday, not once in a while. Sedarlah sikit awak tu alergik. Nanti kalau tumbuh lagi kudis-kudis tu sapa yang susah? Awaaakkk jugaaakkk...

Erk.. balik kepada topik. Camana U nak kahwin ni? Dah sedia ke? Urgh...

Monday, November 7, 2011

SENARAI PANJANG *instead of checklist


It was quite sudden that we decide to engage. We pick date and start to make some preparation. Almost every weekend we go out find things like flowers for hantaran, alas dulang, goodies and what not. Her aunt said “takpe… bertunang ni buat ringkas-ringkas je…” huh. Lega ada makcik yang sempoi dan memahami. It was me actually who pick the date sebab susah sikit nak tunggu sebelah sana pilih tarikh. My other half said, up to his tokwan. Hai… susah la nak tunggu tokwan free. Dah la tokwan selalu mandikan mayat, banyak kenduri kena attend, pastu kat sebelah sana pulak ada dua kenduri dah set tarikh – bulan November and December. At last, I myself pick the date. Hihi… pedulikan.

Budget punya pasal, we cut many things and do them as simple as we can. Itupun after we’ve done with everything, my friends and cousins said “not bad… banyak budget…?!” I was like “hmmm…? Dah habis simple kot ni…” (dalam hati je la) haha Nampak sangat la membazirnya kitorang ni.

We buy quite everything related to hantaran at Nilai Square, Nilai. To be specific, ThankQ Pavillion. Senang shopping kat situ, semua di bawah satu bumbung. Oh ye, kalau tak ada kat TQ besar tu, ada branch dia yang kecil sikit. Jalan-jalan one day, dapat beli semua. Siap ada contoh hantaran kat sana. Buat survey sekejap, pick color theme and then we start buy things needed. Simple! Well, itupun ada la patah balik cari benda yang tak ada macam manik kilat-kilat and bunga kecil-kecil untuk accessories kat hantaran. But then as a whole I puas hati dengan hasilnya.

Basically, yang kat Nilai tu, Cuma bekas barang hantaran je. Barangnya belum cari. The next weekend, we go to KL – Sogo, Masjid Jamek, Jalan TAR. As I said, we did as simple as we can. Asalnya, buat 5-7 je. Jadi, bagi yang wajib je. Untuk perempuan (mine), sireh, kek, sejadah, telekung and baju persalinan (untuk nikah). For my other half, sireh, kek, baju persalinan, wallet and belt set, kain pelekat, cincin risik and tunang dengan kemeja and pants. Barang kering beli je mana yang jumpa. Tak ada nak survey sangat. Lagipun masa tu puasa faham-faham je lah kan. Bak kata my husband-to-be, jumpa, pakai jadi je lah. So, we did that.

Balik rumah, petang tu jugak jalan-jalan survey baju untuk hari kejadian. Mula tu kononnya, ingat nak beli. Tapi bila fikir balik, kos semuanya, baiklah tempah je. Sebab I ni banyak songeh. Si dia pun tak berapa rajin nak layan I pusing-pusing cari semua yang diperlukan. I cannot go by myself sebab taste tak sama nanti kalau dia tak suka, takkan nak masam muka masa bertunang, kan? I mean, if we decide to buy baju tunang tu, mesti nak accessories yang sesuai jugak. Then bayangkan nak settle semua tu, tak payah la. Jadi, kami pun pusing Kanchong Darat sampai pekan Banting cari butik pengantin. Tengok fesyen diorang ok ke tak then make-up plak. Tapi, prioritynya mestilah price. Eheh. The next day lepas habis consider semuanya, we decided to hire kak Nana from Nanako Bridal. Harga ok, servis pun awesome. My fiance pun puas hati dengan make-up dia.

Cincin memang antara yang paling awal cari sebab tu yang penting sekali kan, takut lupa last minute nanti. Lagipun, we have to consider yang harga emas cepat naik. Mahalnya emas sekarang aduhai. Beli 2 urat je nak dekat ribu. Tapi, kira ok lah tu kan, emas bukanya basi... Satu we all beli kat Habib Jewels. Satu lagi beli rembat Tomei punya. Dua-dua tu kat Alamanda, Putrajaya. 

Pasal gambar pulak, memang dah decide awal-awal takkan hire photographer. We both find it difficult to believe in their charges. Alahai, gambar je kot, apa yang mahal sangat tah. So, I asked my ex-roommate coz she used to do photography session untuk wedding. She said, belanja kita tambang pergi balik + makan tempat tinggal pun jadi lah, tak payah bayar. Alhamdulillah, settle!

Last but not least, tinggal rumah la, sebab rumah perempuan yang terima tetamu kan. My mom prepare the menu, cari bahan nak masak semua and call my makcik-makcik untuk majlis tu. Sponsored by my dad of course. Camana la nak bayar bayar balik agaknya ye? Thanks ibu, ayah. Sayang semua! Mwah.

Thursday, November 3, 2011

Make-up Bertunang

I love the finishing touch. She is so professional and damn good. 



She did not in any way do something I would not like. She did it very well. You can see more of her works HERE

Most of the time, when mak andam applies the make-up on pengantin, they tend to do whatever they like (or want in that matter) like plucking and refining eyebrows. They can't do that and they have no right too. My married older sister said her mak andam did that. I also saw another mak andam does that to my dearest friends and cousins. I don't know why but I think they thought it makes the make-up perfect. I just can't...  Allah forbids, we follow. 

I thanked her so much for the service. I and my fiancee indeed satisfied. Murah & puas hati. Berbaloi tempah dengan kak Nana. Her husband did photography too but we didn't take him - budget kot... Takpelah,baru bertunang kan. InsyaAllah wedding nanti we engage him as well - definitely will also depends on the budget... huuu

Anyhow, we got RM150 make-up + RM150 persalinan pluss accessories. Tempat lain yang kami survey semua charge another RM50 for accessories. We are really grateful for that. They are absolutely on the list for our not-so-soon wedding! (^_^) Thanks kak Nana. You are awesome!

Oh well, thanks to her husband, we get this photo for free! excited & happy - exclusively edited by him. cantik okeh. pro.

sengaja "antik"kan gambar ni, malu I hehe. Anyway, siapa cari servis pelamin, make-up pengantin and photography package (lengkap all in one), duduk area banting, dengkil, klang and shah alam, I suggest you all take them, gerenti puas hati. Kalau jauh-jauh pun boleh kot, but I guess you have to pay some extra charge service (pengangkutan la kot).

UPDATE : so sorry to Najwa sebab reply mesej lambat sangat...
pergi kat link ni ye Nanako Bridal & Photography, ada contact number dorang. 

Monday, October 31, 2011

Budget Tunang - Mana Nak Cekau Duit Banyak Gila tu

Actually, kalau you all rasa kerja kenduri ni tak guna banyak duit, hmmm silap besar la ye dik non... Nama pun kenduri so of course no doubt (nak menekankan betapanya lah) banyaknya guna duit bila nak buat majlis. 


Ye... Meh I nak citer ni.
 PROBLEM
Sebelum kenduri, I did asked my cousins and friends yang dah selesai dengan majlis-majlis mereka, berapa agak-agak budget tunang mereka ye? Ok. Ada yang kata RM1000 cukup dah. Ada pulak yang kata semua sekali (meaning share lelaki perempuan la kan), RM5000. I was like... adoi. alamak. appa amma. pening lalat kejap. Tapi, ikut logik la kan, memang logik pun. Bayangkan la, beli barang hantaran je dah setengah ribu. Itu bukan yang standard-standard mak datin tau, yang paling kokak la tu. Belum bekas hantarannya lagi, cincin untuk bakal tunang, goodies untuk tetamu, baju tunang, accessories semua tu, dah masuk senarai? hmmm MAHAL ok. Duit semua tu... NOKTAH.

Jadi, persoalan pokoknya di sini ialah;


Dari mana kita nak dapatkan duit yang banyak itu.
SUGGESTION 
Kalau keluarga bakal suami anda terdiri daripada golongan hartawan dan jutawan, sila abaikan entry ini okeh. Sebagai orang-orang biasa dan keturunan yang menggalakkan anak-anaknya berdikari ni, I supposed I should save up money since my very first year of study. Tapi dah terlajak sampai ke final year second degree dah pun, nak save up apa lagi. Now we have to think for the alternative. I did do part time business, crocheting. Tapi, tu pun tak la masyuk sangat; atas banyak sebab. Antaranya, I buat business ni online so nak dapat pelanggan tu bukan senang ye. Lain la kalau networking bagus. And then, handmade ni kan kena pandai cari masa sebab I student tak boleh la nak mengadap benda-benda tu 24/7. Another reason would be (ni yang my mom complain a lot) I can't give them proper price. Selalunya bila dah hantar je mesti my mom komplen, murahnya...! Haha. Tahla, ramai je kata my handwork cantik, neat, but then I feel like that they are easy to make and well... its not very time-consuming so I think it is not fair to the customer if I put a high price. 

IKLAN SIKIT
If you are interested to see them, you are welcome to visit my crochet blog - CROCHET KAK NGAH. Do comment if you like them C:

Tapi, masa kami bertunang hari tu, I think we are a lot menjurus kepada pendapat yang kedua tu (share lelaki perempuan RM5000) dan mungkin lebih lagi kot haha. As for me, masa cuti semester panjang April - September lepas, I work with my father and earn RM1200 per month. Since we’re doing canteen tender, so makan-makan is no problem – no money affected. Pergi balik kerja my father support minyak kereta. Lucky me...! I save up all my gaji for the engagement day and preparation. Dah berhenti kerja (sebab dah masuk semester baru) pun I still earn some money, apart from duit poket yang student wajib dapat tu lah. Sebabnya I suka hantar my brother pergi and balik kerja. My father bayar tau titik peluh anak dia yang sikit tu. In fact, literally, rasanya tak ada peluh langsung kot. Nama pun naik kereta, ada air-cond. Turun dari kereta pun tak, celah mana peluhnya la kan. 

Akhir kata,
Good Luck bakal-bakal pengantin... Mari kita sama-sama perah otak cari duit...!


Saturday, February 5, 2011

Bloglist Penting - Persediaan Kahwin

Smart girl finds her soulmate and when she wants to get married, she wants a perfect wedding, so she starts to look around and guess what did she find?

http://azikacollection.blogspot.com/
http://www.setelkahwin.com/
http://hattadolmat.blogspot.com/


Masih dalam pencarian.. Oh. Mahalnya nak kahwin..