Thursday, February 24, 2011

TIPS BELANJA KALA MELANCONG

JIMAT SEMASA MAKAN

1)    Pilih hotel yang sediakan sarapan percuma dan lahap semua makan yang ada. Makan kenyang kenyang supaya tak perlu belanja banyak untuk lunch. Apa nak kisah cakap orang? kan PERCUMA!

2)   Bila pergi makan tengahari, tapau terus untuk malam. Selalunya, makcik yang kira kat kaunter tu tak sanggup nak bagi harga mahal sangat bila kita beli banyak.

3)   Pilih air kosong. Kita akan rasa lebih kenyang bila minum air kosong. Kalau kamu keluar berdua, pesan air manis secawan dan air kosong 2 cawan. Jimat tu.

4)   Ikut selera tempatan. Jangan makan di restoran mewah yang selalunya hidang makanan tak sedap dengan harga yang mahal. Tanya orang tempatan tempat dorang makan atau melepak. Mesti jumpa tempat makan sedap dengan harga berpatutan. Confirm.

5)   Sebelum mulakan trip, penuhkan cooler dengan sandwich, air mineral, kentang goring dan buah siap potong. Jimat duit dan masa kerana tak perlu berhenti di restoran untuk lunch/breakfast!

No comments:

Post a Comment