Monday, March 14, 2011

SURAT SAYANG DARI DIA

Ayang…

Ingat lagi masa kita mula-mula kenal?
Masa tu abang matrik last sem. Sem 2 second year kat matrik uiam. Tempat mana yang bagi abang kenal ayang abang. Masa tu macam2 abang rasa, walaupun awalnya macam serba salah  tapi abang rasa macam abang betul2 nak mengenali ayang.

Masa abang dah masuk uia Gombak abang x nak putus asa untuk mengenali ayang. Abang tetap anta sms untuk abang dapat kenal dengan zie.


Then, masa paling abang x dapat lupakan masa s.sem abang second year kat uia Gombak, abang duduk sebelah ayang masa final exam Bahasa Melayu untuk kerjaya. Abang macam cam ayang walaupun masa tu kita belum pernah bertemu. Ayang pakai baju merah x salah abang, abang nak tegur tapi abang malu. hee

Masa ayang balik tu, abang tengok ayang macam tengah tunggu someone kat tangga tinggi. Bagi abang, kitalah pasangan paling bahagia sebab walau macamana masalah kita akan cuba selesaikan secepat mungkin. Kadang2 abang mengaku abang x dapat control diri abang yang cepat marah. Kadang tu sebab abang nak kan perhatian ayang. Ayang masih ingat panggilan kita masa mula2 kenal??

Abang ngah & zie

Banyak kenangan kita zie. Abang harap kenangan tu akan jadi titik manis kehidupan kita bila kita bergelar Suami Isteri nanti. Abang percaya pada takdir, Dia telah menetapkan bahawa abang adalah untuk ayang dan ayang untuk abang.

Ayang akan menjadi permaisuri hidup abang yang akan menemani abang setiap masa, walaupun kita akan bekerja, abang janji abang x kan lupa kirimkan sms cinta untuk permaisuri abang.

Kalau ayang selalu kata abang mengada, manja.. abang mengaku semua tu sebab abang cuma ada ayang sorang yang abang akan berkongsi apa je yang abang ada. Abang senang dengan ayang yang selalu dengar apa masalah abang.

Masa abang mula-mula kenal family ayang, abang segan tapi abang rasa baik abang kenal dengan ibu ngan ayah sebab abang nak ibu ayah tahu denga siapa insan bernama Roziliana berkawan.

Abang senang dengan semua ahli keluarga ayang. Abang sayang ayang..
Kalau ayang nak tahu, abang suka sangat bila abang dapat mesej dari ayang.. dan kat situ kata “zie sayang abang”, walaupun kadang-kadang memang abang dapat mesej abang bucuk, abang tau zie nak cakap ayang sayang abang..

Ayang…

Sedar x sedar dah dekat 4 tahun kan kita kenal?

Saat-saat romantik bila abang makan dengan ayang dan abang dapat suap ayang makan. Dan abang selalu harap kebahagiaan kita akan kekal selama lamanya ayang…

Ayang...

Abang nak ayang tau yang abang rindukan ayang. Ayang cakap abang kuat cemburu.

Abang mengaku abang memang kuat cemburu, tapi ayang pun tau napa abang cemburu kan ..

Sebab ayang satu-satunya cinta hati abang.

Ayang…

Bila abang duduk jauh dari ayang abang selalu fikir apa la ayang tengah buat tu. Ayang, abang tengah rindukan ayang ni…
                    
Ayang…
Selepas ayang abes bateri 16-17hb 6 2009
Abang hilang punca. Tapi masa pun takkan biarkan abang dan ayang berjauhan…

I love u soooo much…

PUISI CINTA UNTUKNYA

Aku cuma seorang perempuan
Bila aku kata cinta itulah kata hatiku
Bila aku kata benci mungkin aku cuma merajuk
Aku cuma minta dipujuk
Terkadang aku menyesal kerana marah
Tapi kerana aku seorang perempuan
Walaupun marah aku tetap sayang
Kala duduk seorang diri
Tak ada lain di ingatan
Cuma buah hatinku yang ku rindu
Mindaku berkata
“sudahlah… waktu berlalu meninggalkanmu…”
Lalu aku meninggalkan anganku & bingkas melaksanakan tugas
Namun
Usai kerja aku masih teringatkan cintaku
Ingatanku masih padanya
Kenangan waktu bersama membuai perasaan
Lalu minda mengingatkan
“Cintamu tak ke mana-mana…”
Tapi bila hatiku berkata
“Aku tetap rindukan dia”
Mindaku berhenti berbicara
Sesaat kemudian minda bertanya
“Andai ajal datang menjemputmu, apakah kau masih ridukan dia?”
“Mungkin”
“Adakah kau pasti dengan tuturmu?”
“Hm… aku tidak tahu…kerana aku belum melalui saat itu…”
“Lebih baik engkau pastikan. Kerana Nabi sehingga akhir waktunya masih menyebut-nyebut umatnya. Umat yang terlalu dia cintai. Jika kau tidak mencintai Nabimu seperti mana kau mencintai dia, mungkin kau tidak pantas menjadi umat kepada Nabimu…”
Aku berhenti sejenak
Berhenti memikirkan soal hatiku dan cintaku
Lalu meninggalkan duniaku dan cuba belajar sirah
Nabi itu terlalu menyayangi umatnya
“kalau aku tidak mencintai dia, kelak, mahukah dia memberikan shafaatnya buatku?”
Tetapi
Tetapi, aku tetap perempuan itu
Yang kadang kala mengingati Nabinya
Tetapi di kebanyakan waktu mengingati cinta hatiku
Pada al Ghafur aku memohon ampun
Dan akulah perempuan itu
Sekali aku cinta selama-lamanya tetap cinta

FALLING FOR HIM

Sedikit ucapan sebelum sambung love story: kenapa I share the story with you all? Tak tau la napa for sure tapi I’d love to hear yours too so I think I should be sharing mine before reading yours. If you do have one, drop me the link. I’ll be there!

That when I was in Matric, PJ. He left PJ early so I thought he is one year older. Rupanya, dia lompat class masa PTS dulu. That’s why he is my senior in UIA. Living in UIA main camp, many friends of mine getting themselves a boyfriend. I was not really into it coz I don’t think he is my boyfriend. He is my friend, but a special one. I’m not sure what he thinks of me.

My first year in main camp, I asked him, abang ngah tak sayang zie ke? – that was after I hinted him thousand times that I love him, miss him, adore him, etc but he is yet to said so. I was embarrassed but then lega bila dia jawab camni, “kalau abang ngah tak sayang zie, abang ngah tak reply dah mesej zie. Sori abang ngah baru bangun...” Afterwards, mesej jadi bunga-bunga cinta la kan. Yelah before that main tarik tali, nak cakap good night sweet dream pun segan. I wonder how my face looks like back then. Sure merah kan? Malu lah I made the move. Tapi, terpaksa tanya.

The day before that, I heard my classmate talking about him like she is his girlfriend. I know she wasn’t but what if she is? Recently I did ask him about her. What happen back then. He admits that she try him. I mean she ask him out for meal, wayang, jalan-jalan. So I wonder what his response is. He said “takde ape lah. Abang tak reply mesej dia pun”. Meaning? Kalau he replied, maybe he will not be mine now, kan? Memang I jealous. He went to her wedding. I think he shouldn’t. Tapi, tak patut I stop him kan? Dia betul-betul takde perasaan kat kak Eton tu so why not he attended her wedding? Hahha. Since then I know that I pun kuat cemburu jugak rupanya. Tapi sampai sekarang I’m quite allergic – just hearing her name. I hate her. I really do. How come she likes my man? Dush!

Di sebalik itu, ada jugak baiknya… then I know that he’s quite hot, marketable and he didn’t simply fall for another woman. Sebab lama jugak I heard about him from kak Eton. Of course she didn’t mention it to me. I overheard je. You must be wondering how come kak Eton tu kenal dia pulak kan? I am a law student and he is engineering. Kak Eton pulak budak IRK – budak suci orang panggil – Islamic reveal knowledge. It was my bahasa class, so memang tu kelas campur. Pulak tu kak Eton tu x-classmate dia. Ceh. Patut la beria-ia cerita. Depa kenai rupanya. Satu sekolah. I memang jealous habis la time tu. Merajuk kot. Ok, walaupun bukan salah dia. My bad.

There is another incident masa kat pasar malam. Masa tu, he came to my house, meeting my family. That evening we went to pasar malam. On the way home, ada sorang budak tu pandang dia tak berkelip. Yelah I know his face is not familiar to orang kampung tapi tak perlu la tengok sampai camtu kan? Apa dia tak nampak ke I was there. I am not his sister! Rasa cam nak cubit pipi budak tu. Hii geram. Tapi, dalam hati happy la jugak. Hensem jugak mamat ni ye. Aku kat sebelah pun masih ada orang pandang. (ok, padahal dia dah macam laki orang. Buncit :D)

It has been 5 years and still I don’t really know if I really love him. Teruk kan? Bukan la tak sayang but I gave him half of my heart, I think. In case dia pergi dulu sebelum I, takde lah menangis separuh mati kot. Tapi, how would I know? In many cases, if I missed him – like a lot sebab dah lama tak jumpa – mesti nangis. I know it is not healthy but when it comes to heart, I can’t control, can I?

So, that’s all for now. I will post his letter for me. Tapi, later la k. I forgot the date but I think it was during my third year UIA.
Till then,

Bersambung… 

FALLING IN LOVE

How do i know that i fell in love? Una, i bet you wanna know the story. hihihi... since you are practically hopping into my blog each time i post a new post **apakah ayat aku ni** haha. Anyway, thanks dear :)

Takla lama sangat tapi lama la jugak kot. He found me. I have no idea where did he got my phone no. Anyway, he found me.  I received a missed call. Every single day. Ever since, if he did not, i miss the "missed call". Weird. Normally, i get annoyed with such things but this is an exception to general rule.

Until one day, i asked him who is he? He didn't really answer me. Anyhow, as things goes on, we kept messaging each other. Later on i found out that dia pun budak UIA - engineering. OK. Not bad.. Memilih gak rozi ni kan? dush!
(^-^)

However, I was 18 and i guess i'm not ready for love, commitment and anything attached therein. It was then one night, he didn't reply my message. He was busy. Engineering student - UIA la kan - they have a lot of tests and lab reports. I try to be understanding but i simply can't. I cried and cried until i fall into sleep. It was ony 10 o'clock.

And so i think that is really something. Why do i have to cry over a message from God-know-who-the hell is he. haha. If this is love, and if he left me, i wouldn't be able to gather myself and stand on my own feet. I really lost in myself.

I decided to leave him. Instead of him leaving - which i am not sure if he will but i rather not taking the risk. I left him but making sure that he know the reason. Alhamdulillah, he understand. And so we stop. Yes. We did. i promise myself that i will never called him again despite the fact that i missied him. If he come back looking for me, i will love him again. If he didn't, then he is not my meant to be. Oh..! I really missed him. I did.

4 Mei 2006, he called me. He didn't. Missed call je. hehe. I was so happy. HE heard my prayers and he did missed me too. He was coming back to the matriculation center for his full transcript back then. Dah siap-siap masa tu, if he wanna see me, i will see him. Tekad tu :D


bersambung...

Saturday, March 12, 2011

PENDAMPING (QARIN)

PENDAMPING (QARIN)

Pendamping umumnya ada 3 jenis;
1)     Teman
2)      Ikutan
3)      Penuntut

Qarin ini ada pada setiap orang, termasuklah nabi kita nabi Muammad s.a.w. tapi qarin nabi ialah islam. Ada riwayat mengatakan Allah mengislamkan qarin nabi dan ada pula riwayat qarin nabi ini tidak islam tetapi Allah selamatkan nabi dari gangguannya.

Qarin ini lahir bersama-sama manusia. Tetapi, apabila kita mati, qarin ini tidak mati. Malah, ia akan bertambah aktif selepas kita mati. Sebab masa kita hidup, qarin terikat dengan kita. Bila kita dah mati, dia bebas. Jadi dia akan bertambah akif.

Lepas kita mati, kadang kadang ada orang lain nampak kita. Tu sebenarnya qarin kita. Kalau versi orang putih pulak, we will be seen after death if we have an unsettled things to do. That is only how they express it. Yang sebenarnya itu qarin kita.

Komunikasi antara ustaz dengan qarin (jalan terakhir untuk mengubati pesakit)

Ada satu kes tu, perempuan umur lebih kurang 25 tahun. Lepas ubatkan, takde respon. Jadi, ustaz ni panggil qarin untuk dapatkan maklumat – apa sebenarnya sakit perempuan ni.

Bila ustaz ni cakap dengan qarin tersebut, dapat beberapa maklumat penting. Perempuan ni disihir. Ada pihak tertentu yang mengupah tukang sihir ini. Tukang sihir ini menggunakan sisa-sisa makanan untuk menyihir pesakit.

Dalam qur’an, Allah sebut “qarin merupakan jin yang bersifat syaitan”. Maksudnya, qarin tu jahat. Qarin menghalang manusia ke arah kebaikan.

Macam mana nak cakap dengan qarin. Mohon kepada Allah dengan sungguh-sungguh. Ikhlas semata-mata kerana Allah dan untuk mengubati penyakit.

RISIKO SELEPAS BERKOMUNIKASI DENGAN QARIN.

Ada Qarin yang tak mau balik kepada tuannya. Jalan terakhir, Ajak dia masuk islam dan suruh dia kembali kepada tuan dia.

Bila pesakit tu tak sedar. Kadang-kadang yang cakap tu qarin, tapi kadang-kadang sihir atau saka.

Bila nak ambil maklumat dengan qarin. Kena ambil maklumat dengan pesakit masa dia sedar sebab kita kena compare maklumat yang qarin tu cakap dengan maklumat dari pesakit. Kena make sure yang dia sebut benda yang dah lepas, bukan benda yang akan datang.

Biia berdialog dengan qarin, kalau boleh jangan ada syarat tertentu. Pesakit yang tak sedar sahaja kita panggil qarin. Sesetengah kes, boleh guna kaedah transfer dari qarin ini kepada orang lain untuk mendapat maklumat.

Kesimulan, dalam rawatan islam ini, qarin memang wujud. Bukan digunakan untuk tanya benda yang berlaku, hanya benda yang dah berlalu. Cth tak boleh tanya nombor ekor, meramal masa depan dan menilik nasib.

Untuk mengimbangi qarin ini, Allah mengutus malaikat untuk membisikkan kebaikan ke telinga kita. Jadi, terpulang lah kepada kita untuk mengambil yang baik atau yang buruk.

Friday, March 11, 2011

DULU MASA DUDUK ASRAMA…

Mesti bawa balik Cheese Bun ataupun Garlic Bun. Sebab budak asrama kan selalu kelaparan. Jadi, bekal roti paling mengenyangkan. Tapi sekarang, dah tak lalu nak telan roti roti macam tu. Kadang-kadang tengok roti roti tu bersusun kat pasaraya pun dah rasa macam nak muntah. Muak kot…

Jarang skip time makan. As I said, budak asrama ni selalu lapar, so takkan nak skip time makan ye tak. Makan disediakan 5 kali pada hari sekolah & 6 kali kalau cuti.

·         Breakfast pukul 6.00 pagi
·         Minum minum pukul 10.00 pagi *hari cuti*
·         Lunch pukul 2.00 petang
·         Tea break pukul 4.30 petang
·         Dinner pukul 6.00 petang
·         Supper pukul 11.00 malam

Normally, lauk hari jumaat, sabtu dan ahad ialah yang paling syok. Menu sama ada nasi ayam, nasi tomato ataupun nasi apa tah dengan ayam masak kurma. Sedap… Sebulan sekali, dapat makan aiskrim. Tak tau la apa yang syok sangat aiskrim asrama tu tapi sure berebut punya. Haha. Kalau hari-hari biasa tu lauk asrama la. Nasi kawah je la...

Basuh kain tiap-tiap hari. Asrama tu Laundry Room je ada. Mesin basuhnya takde. So, terpaksa lah basuh manual. Memang penat, tapi sebab tak rela nak pakai baju busuk pergi sekolah, makanya, basuh je lah kan…

Bangun pukul 5.45 pagi. Selalunya masih senyap sunyi. Tapi, kalau bangun pukul 6.00 terpaksa berebut tempat mandi. Dah nama pun mandi kat kolah, malas nak berebut, what to do? Bangun je la awal-awal...

Aktiviti masa cuti biasanya gotong-royong, pertandingan keceriaaan ataupun senaman pagi. Keceriaan bilik dorm sama penting dengan keceriaan bilik study. So, basically, banyak jugak habis duit nak beli benda-benda mengarut ceriakan bilik-bilik ni. Time senaman pulak, aerobic la best. Walaupun selalunya instructor bidan terjun, time ni dorang tak skema sangat. Kadang kadang dorang bantai je lagu pape asalkan rancak. Tah-tah lagu Lady Gaga pun dorang main kalau dia popular masa tu ;p Aktiviti camni bukan wajib pun. Tapi, senior je selalu mengada-ngada wajibkan. Nak tak nak join je le…

Sukan. Sukan ni acara wajib, ramai jugak cari alasan untuk skip latihan. Nak nak pulak kalau cikgu yang jaga tu garang macam rimau. Banyak la muka yang muncul kat bilik sakit. Pengsan la demam la sakit perut la muntah muntah la period pain la. Macam-macam la ragam time ni. Allergic dengan panas pun ada weh… kui3

Kesimpulannya, walaupun pergi sekolah penat, tapi sekolah tu heaven gila. Mana tak, sekolah je tak payah pening fikir pasal duit. Takde duit ayah bagi. Da tua tua ni nak mintak duit kat ayah pun segan. Ohh seronoknya sekolah…

Kolah: bagi korang yang taktau kolah tu apa (especially kalau korang tak pernah duduk asrama), kolah tu ala-ala swimming pool tapi kita tak boleh swim dalam kolah ni. Selain surau, kolah adalah tempat budak asrama bertemu muka walaupun tak beramah mesra. Lain la kalau korang tak mandi ;p

Wednesday, March 9, 2011

BILA NAK MASUK ASRAMA…

Semua ni penting kalau korang ni jenis pembersih


Gayung – mandi kat kolah kena guna gayung. Takkan nak cedok air dengan tangan pulak kan?


Baldi – ada jugak orang panggil timba

Baldi dengan gayung ni biasanya orang pakai TOYOGO. Aku pun pakai toyogo jugak. Kalau tak silap dari form1 sampai form5 kot guna baldi tu je. Bila dah habih sekolah, ayah guna baldi tu untuk bancuh cat Haha sebab baldi tu dah buruk kot

Berus gigi
Ubat gigi

Sabun mandi

Sabun basuh

Berus plastik


Berus sabut – ni untuk basuh kasut sekolah


Nila – penting ni, baju sekolah kena nila. Kalau tak nampak lusuh buruk dan tak baru ;p dulu Ujala paling femes. Tapi, sekarang pun ujala jugak rasanya. hee

Hanger

Sepit baju