Showing posts with label Melancong. Show all posts
Showing posts with label Melancong. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Lagi Lagi Jerman

Belum habis lagi cerita pasal Germany :) Ini baju yang I kata tu. Levi's original. Dah cerita dah tapi ni baru nak tempek gambar <--- macam la aku nak tengok sangat baju kau tu. Lain la kalau kau nak bagi aku kan...


tak faham lansung lansung.. gutten tag tau laaa

SALE SALE...!

Ye ye ye... Sebab ada diskaun banyak g*la, tu yang dia belikan. kan kan kan..? anyhow... Terima kasih..! Moga-moga kita dapat honeymoon kat sana. Manalah tahu kan..? *berangan*

Monday, December 5, 2011

The Arrival

Haha.. Tajuk dah macam nak buat filem. My fiance arrived yesterday. Thank God he arrive safe and sound. Dah kurus sikit ^-^ harus lah ye. 3minggu tak jumpa nasi. Kesiaaan dia. So, lepas ambil dia di KLIA, kami pun pergi makan-makan kat kedai. Cari nasi


He brought me ladies shirt - LEVI's original :) like like like. and crochet yarn - super duper like!
this is my toys nowadays


Thanks to my lovely cousins yang temankan pergi KLIA semalam.

Thursday, February 24, 2011

TIPS BELANJA KALA MELANCONG

JIMAT SEMASA MAKAN

1)    Pilih hotel yang sediakan sarapan percuma dan lahap semua makan yang ada. Makan kenyang kenyang supaya tak perlu belanja banyak untuk lunch. Apa nak kisah cakap orang? kan PERCUMA!

2)   Bila pergi makan tengahari, tapau terus untuk malam. Selalunya, makcik yang kira kat kaunter tu tak sanggup nak bagi harga mahal sangat bila kita beli banyak.

3)   Pilih air kosong. Kita akan rasa lebih kenyang bila minum air kosong. Kalau kamu keluar berdua, pesan air manis secawan dan air kosong 2 cawan. Jimat tu.

4)   Ikut selera tempatan. Jangan makan di restoran mewah yang selalunya hidang makanan tak sedap dengan harga yang mahal. Tanya orang tempatan tempat dorang makan atau melepak. Mesti jumpa tempat makan sedap dengan harga berpatutan. Confirm.

5)   Sebelum mulakan trip, penuhkan cooler dengan sandwich, air mineral, kentang goring dan buah siap potong. Jimat duit dan masa kerana tak perlu berhenti di restoran untuk lunch/breakfast!