Wednesday, September 25, 2013

Preparation Bersalin

Minggu lepas littlewhiz.com buat promosi. Since I've decided to buy breastpump, I bought it while on sale. Check it out babes! Sale is still on for the next 5 days!

These are what I've bought. 

harga asal brestpump. Lepas diskaun harga dia RM287.20. Jimat RM71.80



Ini dapat free...


harga asal knob


Selain tu, ada juga beli storage milk plastic. Mula-mula, ingatkan nak beli botol tapi nak jimat ruang, beli plastik je la. Senang simpan. Memang nak pakai banyak sebab intend nak bagi full breast milk. Kalau boleh, sampai baby 2 tahun. Doakan kami ya.


Alhamdulillah, jimat banyak juga. Delivery pun ok. Respon cepat. Bayar online, arini bayar, esoknya barang dah sampai. I'm so happy with their service. Delivery pun FREE!:) 

Thursday, September 12, 2013

CLEARANCE SALE
Ni hasil mengemas alamari. Nampak banyak baju dah tak pakai sebab bertukar profesion dan saiz badan. Look at the descriptions under the images. Happy viewing!

**semua harga termasuk postage. Boleh runding kalau serius nak beli ye.


Baju mengandung
Saiz : XL
Jenama : Puteri
Special : Beadings pada bahagian dada
Baju panjang sampai bawah lutut. Boleh pakai dengan kain atau seluar panjang hitam. Kain lembut.
Harga : RM 50
Kategori : Used once

(close up)




Blouse
Saiz : 38
Jenama : Rasa Sayang
Special : Beadings pada bahagian dada
Harga : RM 20
Kategori : New

(close-up)



Blouse
Saiz : Free Size
Special : Kain memeri - mengikut saiz badan
Harga : RM 30
Kategori : New



Blouse
Saiz : Free size
Jenama : Queen
Harga : RM 20
Kategori : Used


Kemeja (ladies)
Saiz : XXL
Jenama : Scarlet
Harga : RM 40
Kategori : Used once


Blouse
Saiz : XL
Jenama : Lovely
Baju ni jarang. Kena pakai dengan inner hitam
Harga : RM 40
Kategori : Used


Cardigan
Saiz : 38
Jenama : Radioactive
Colour macam color luntur.
Harga : RM 30
Kategori : Used


Jubah (custome made)
Saiz : S - M
Harga : RM50
Kategori : Used



Jubah (custome made)
Saiz : S - M
Harga : RM50
Kategori : Used

Tuesday, September 10, 2013

KAHWIN

Our first anniversary was on 31st August 2013. Kami balik kampung. Ibu masak special and kami makan secret recipe. My favourite chocolate indulgence. How lovely. Alhamdulillah, all went well. I am five month pregnant. Belum scan lagi baby lelaki ke perempuan.

Post ni bukan nak cerita pasal baby hehe. Nak tunjuk gambr nikah dengan kahwin je. Mengimbas memori katanya...

Again, we book everything with Nananko Bridal. Sama macam bertunang, semuanya buat sesimple yang boleh. We kept in mind yang lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit. So, semua tempah dengan Nanako, jimat dan senang runding, tak pening. Dari baju bersanding, make-up, wedding photoshoot (both nikah & outdoor) dan pelamin. Overall, kami puas hati dengan harga dan kerja mereka. Alhamdulillah. 

Gambar nikah & sanding. Oh ye, bilik pengantin je tak tempah. Hias sendiri dengan bantuan sahabat handai dan saudara mara :)






Lepas ni mungkin boleh update pasal kerja, memandangkan sekarang dah tukar profession. Alhamdulillah, rezeki baby..!

Tuesday, August 7, 2012

Kahwin, Kerja Baru & Hidup Baru

Pasal preparation kahwin, dah nak siap. Sebab tu boleh sebok sebok merayau pergi KL cari kerja. Release tension pun ye jugak. Nasib baik cik abang belanja baju raya. Tapi silap tak pilih tudung sekali :D

Minggu lepas dapat interview untuk chambering kat Masjid Jamek, nama firm KL Rekhraj. Nampak ok. Tapi dia kata nak call bagi jawapan semalam atau hari ni. Sampai ke laa tade siapa call. Tak dapat la tu kot. Takpelah. Senang cerita sebab semalam pergi interview lain kat Damansara Height. Firdaus Azlina & Co. Alhamdulillah, dapat pun. Cuma macam tak sure boleh mula immediately after the big day. Semoga dipermudahkan olehNYA.

Kat situ receptionist melayu, clerk pun nampak ramai melayu. Hopefully i'll be able to blend in with them soon. Anyhow, i'm not sure about the other 2 girls after me. Were they accepted too? 

It sounds good when one of them wish me luck just before I walk in for the interview (Thanks to you. You help me to shoo away my nervousness). It's a big firm. I hope I can learn much from them. How I wish I can pursue this career for life. Tapi, it's all depends on what will happen next. Sebab ramai jugak kata nanti busy sangat tak sempat jaga suami dan anak. Tapi tak tahu la kan. Semoga ada jodoh nak jadi lawyer ni :)

Nampaknya, kena cari baju kerja lepas ni. Tapi, macam madam Suzana kata, tak payah banyak banyak. Yang penting mix and match. Bagus jugak idea tu tapi tak tahu la boleh pakai ke tak. Lagipun, mana tahan pakai baju sama untuk 2 hari. Itu tak mungkin berlaku kepada saya huhu...

Memang cantik. Iron untuk seminggu. Senang, kan? :) Ooohh... Nanti kena iron untuk abang jugak. Nak mintak upah lah ;p

Tak boleh ke pakai camni..?


Kalau boleh, alangkah bahagianya... hihi berangan je lah


Wednesday, March 7, 2012

JIKA SUDAH BERANAK-PINAK, NAK JADI PENGANGGUR BERTAULIAH..?

Kita selalu dengar orang kata: " Perempuan tak payah belajar tinggi-tinggi. Akhirnya ke dapur juga.."

Betul ke statement tu? Tak patut perkecilkan perempuan yang belajar tinggi tapi akhirnya jadi suri rumah. Pendidikan awal untuk anak penting. Perkembangan anak kena pantau. Jadi, suri rumah yang belajar tinggi lebih bagus sebab boleh ajar anak kan? 

Tapi, camana camana pun, peranan suri rumah memang tak wajar diperkecilkan. Kalau tak, kenapa orang bekerjaya nakkan pembantu rumah..?


DIA TIDAK BEKERJA?????

Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor    : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor    : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor    : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor    : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor    : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor    : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor   : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor    : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. 

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! 

Fikir2kan dan renung2kanlah...


**Tak salah kan kalau ada ijazah DAN nak jadi suri rumah yang berjaya.?

Sunday, February 12, 2012

LULUS AKHIRNYA

Alhamdulillah, akhirnya habis dah semua-semua belajar dan periksa di UIA yang tercinta. Walaupun subjek syariah tu takdelah pandai sangat belajarnya, tapi masa belajar tu best... Tau macam-macam benda yang kadang-kadang nampak remeh tapi implikasinya besar dalam hidup kita khususnya perempuan. Contohnya, hak-hak perempuan sebagai isteri. Kalau nak ikutkan suami memang patut sediakan pembantu untuk isteri di rumah. Tugasnya menolong isteri membuat kerja-kerja rumah. Kerja-kerja rumah nampak simple tapi kalau dah buat semua, penatnya terasa. Memanglah untuk orang-orang biasa tak wajib tapi kalau perempuan bangsawan (bangsa arab) & keluarga diraja tu hukumnya wajib sediakan. Sebab tu dalam Islam, nak kahwin pun kena sekufu, baru la rumahtangga aman damai.

Kita-kita perempuan zaman sekarang ni ramai yang kerja untuk bantu suami cari nafkah sara hidup yang tinggi. Ikut logik, walaupun bukan dari golongan diraja tapi memang patut kita dapat pembantu untuk uruskan kerja-kerja rumah, kan? 
^-^

Friday, January 13, 2012

Exam

I'm having my final exam for final semester, LLBS. insyaAllah :) 


paper shariah semua bahasa arab. Interview chambering nanti bahasa inggeris la plak! penat tune otak.

Monday, December 12, 2011

Kisah Cinta Kau dan Aku - Road tax Punya Pasal and You are Away... Somewhere in Germany


He was away and his car was with me. I'm supposed to take care of it and so happen at that very time the road tax expires. Hai sabar je lah kan... Ok, no problem. "What do I do? Where is your grant?" "Cari name card dalam dashboard kereta, bagi je no plat kereta kat kakak tu, nanti dia uruskan" I was like... "ok. Tak payah geran la ni..?" "Tak payah" "Ok, nanti zie call dia"

I called her, asked how much to pay, when to bank-in bla bla bla. Setel. I was thinking like.. "Ok, senang je. Lankali suruh ejen je la buat.." Unknown to me that they are taking so much from us. When the road tax arrived and I saw the receipt.. hmmm..? "Banyaknya ambil dari customer...!"

In our case, we paid EXTRA;
Service charge RM10 (still ok even though I do think think it is too much)
Pos Laju RM10 instead of RM6 <--- this is the real price..!
Roadtax RM30 instead of RM20 <--- what the fish..!

Ya Allah, sabar je lah. Dah la masa nak bank-in tu macam-macam halnya. Ingat nak pergi bank petang rabu so that kakak tu boleh hantar khamis sebab ahad road tax dah expired. Tapi petang tu ada lecturer buat kelas ganti. Takpe la kot, malam pun boleh bank-in kan? After class, I drive to the bank. Tengok-tengok Maybank depan Pasar Borong Gombak tu takde cash deposit machine kat luar bank. Adoyai... Ok. Takpe, pergi Sri Gombak lah. Situ ada Maybank laaagiii besar, confirm ada cash deposit. Pusing-pusing sesat la pulak... Ai, telefon lah classmate budak Sri Gombak tu. Nasib baik dia free, boleh la dia tunjuk jalan. 

Sampai kat bank, "ok, thanks sofi tunjuk jalan.." masuk je dalam tu "mak aih... panjangnya que". Takpelah. Tunggu je lah. Bila dah sampai my turn "alamak, mana no akaun kakak tu? hurm..! tadi tulis atas tapak tangan, tapi dah solat asar. Sure dah hilang. Handphone plak mati..!" Takpe lagi, macam nampak je sikit-sikit yang atas tangan tu. Try lah. Try lah jugak. Dah 6 7 8 kali salah jugak, takpela... Balik charge handphone dulu :( nak buat camana. 

Lepas maghrib, keluar balik, straight terus bank, sama - barisan panjang. Kali ni lagi la, sampai ke pintu. Terpacak lagi setengah jam. You do the right thing bawak nota maqasid tu. Boleh jugak baca. Akhirnya, dapat jugak settlekan payment tu. Alhamdulillah... Pengajaran untuk kamu, lain kali, charge la handphone tu sebelum keluar. Tengok, kan dah susah. Sendiri salah.

Lastly, you know what, don't trust your agent. They are nothing but doing their d*mn business. All you want to know is everything is taken care of but little you do know that they are taking so much advantage from you..! Next time, just go to MYEG, you can settle your road tax renewal there honey. Why you tell me this only afterwards? Demok lah. Geram zie!

Sunday, December 11, 2011

Bakal Pengantin, Sudahkah Anda Bersedia?

I wasn't supposed to do this to myself but I think it is a good reminder for me.. (blurgh) Ok, let's see... This is BEFORE :(





And this is AFTER :)




since dah kemas, boleh la letak gambar besar gedabak, kan ;p

You should have your room neat and tidy everyday, not once in a while. Sedarlah sikit awak tu alergik. Nanti kalau tumbuh lagi kudis-kudis tu sapa yang susah? Awaaakkk jugaaakkk...

Erk.. balik kepada topik. Camana U nak kahwin ni? Dah sedia ke? Urgh...

Saturday, December 10, 2011

Lagi Lagi Jerman

Belum habis lagi cerita pasal Germany :) Ini baju yang I kata tu. Levi's original. Dah cerita dah tapi ni baru nak tempek gambar <--- macam la aku nak tengok sangat baju kau tu. Lain la kalau kau nak bagi aku kan...


tak faham lansung lansung.. gutten tag tau laaa

SALE SALE...!

Ye ye ye... Sebab ada diskaun banyak g*la, tu yang dia belikan. kan kan kan..? anyhow... Terima kasih..! Moga-moga kita dapat honeymoon kat sana. Manalah tahu kan..? *berangan*

Friday, December 9, 2011

Germany has a Never Ending Story

Got this from you-whom-I-love-the-most (^-^)

thank you so much. Sangat cantik t-shirt ini di mata saya.

ooohhh yeah.. Malaysians, you have to note this. The price is 20 euro. That's simply means... ask currency converter..!

Monday, December 5, 2011

The Arrival

Haha.. Tajuk dah macam nak buat filem. My fiance arrived yesterday. Thank God he arrive safe and sound. Dah kurus sikit ^-^ harus lah ye. 3minggu tak jumpa nasi. Kesiaaan dia. So, lepas ambil dia di KLIA, kami pun pergi makan-makan kat kedai. Cari nasi


He brought me ladies shirt - LEVI's original :) like like like. and crochet yarn - super duper like!
this is my toys nowadays


Thanks to my lovely cousins yang temankan pergi KLIA semalam.

Friday, December 2, 2011

Bila Rindu

3 days before he comes back... I'm counting the days.



Wednesday, November 30, 2011

Misteri Hati

It has been 2 weeks since he fly to Germany. And everyday whenever I am alone, whenever he crosses my mind, tears fill in my eyes. I pray to HIM, when YOU decide to take him away, please take me as well. I dare not to think he leaves me behind. Luckily I have this cute little buddy. Walaupun tak hilang rindu boleh picit pipi bagi hilang geram..


Friday, November 18, 2011

Over and Above, Beyond the Limit


Tadi ada klik blog umar, ada entry pasal budak umur 14 tahun mengaku dia dah tiada dara.

Persepsi terhadap lelaki dan perempuan berbeza.
Contoh paling senang, orang pandang rendah janda, tapi duda? Tidak. 
Contoh lagi, orang pandang hina perempuan tiada dara, tapi lelaki tiada teruna? Tidak.
Lagi contoh, orang pandang remeh janda bela anak lima, tapi kalau lelaki bela anak lima? Dia dipandang mulia.

Jadi jangan kata dunia tidak adil. Jangan pernah sebut Allah tidak adil. Sesungguhnya manusia lah yang tidak adil, kerana mind-setting yang salah dan persepsi yang gila berat sebelah.

Ini berlaku di dunia kita terutama di negara-negara Arab. Daripada apa yang ustazah Halima cerita (Algerian), kalau perempuan kena rogol, mengandung dan melahirkan, banyak family tak boleh terima dan membuang perempuan tersebut. Putus kasih putus saudara. Sebab itu dalam banyak kejadian, mereka takkan balik ke rumah. Sama ada pergi menumpang rumah sesiapa atau terus merantau membina kehidupan sendiri. Betapa tertindasnya wanita dengan ideologi manusia yang jahil.

Sebelum kedatangan Islam, perempuan sangat hina. Kedudukannya bagaikan hamba malah lebih teruk dari itu. Sebagai contoh, perempuan boleh diwarisi seperti harta yang tidak bernyawa. Selepas kedatangan Islam, Allah meninggikan darjat wanita. Haram membunuh bayi perempuan kerana mereka tidak berdosa. Antara ibu dan ayah, ibu didahulukan 3 kali berbanding ayah kerana ibu mengandung dan melahirkan, menjaga dan membesarkan. Ibu adalah sekolah pertama dalam hidup kita.

Berbalik kepada cerita budak mengaku dah takde dara tu,  ini je I nak cakap kat U sebenarnya; tak takut ke takde orang nak kahwin dengan kau?

Masa sekolah menengah, Ustazah Ainon ada cakap, kalau kita buat dosa, jangan cakap kat orang, sebab Allah dah tutup aib kita – orang tak tahu kita buat dosa tu – kalau kita sendiri cerita, kita zalim dengan diri sendiri 2 kali. Yang pertama, buat dosa, keduanya, cerita benda tu kat orang lain.

Wallahua’lam

Monday, November 14, 2011

Musim Kenduri Kahwin


Start minggu ni, every weekend ada wedding ex-Hamidian and SKD. Mentang-mentang lah dah start cuti sekolah kan. Sampai takde gap dorang buat wedding. Hehehe… pening gak nak pergi semua ni. Fulus needed okeh. Duit minyak, hadiah untuk pengantin, makan on the way nak pergi tu kalau wedding jauh lah. Tapi kan, satu tabiat I kalau takde geng, tak pergi lah jawabnya ^-^ bukan senang nak pergi wedding kalau takde member. Nanti nak sembang takde geng, sangat lah tak syok. Lagipun, driver takde, terbang pergi Germany. Sob3 sedih~

Siap tulis salam perantauan.. sangat poyo ok..! haha




cepat balik...!
rindu kamu

Monday, November 7, 2011

SENARAI PANJANG *instead of checklist


It was quite sudden that we decide to engage. We pick date and start to make some preparation. Almost every weekend we go out find things like flowers for hantaran, alas dulang, goodies and what not. Her aunt said “takpe… bertunang ni buat ringkas-ringkas je…” huh. Lega ada makcik yang sempoi dan memahami. It was me actually who pick the date sebab susah sikit nak tunggu sebelah sana pilih tarikh. My other half said, up to his tokwan. Hai… susah la nak tunggu tokwan free. Dah la tokwan selalu mandikan mayat, banyak kenduri kena attend, pastu kat sebelah sana pulak ada dua kenduri dah set tarikh – bulan November and December. At last, I myself pick the date. Hihi… pedulikan.

Budget punya pasal, we cut many things and do them as simple as we can. Itupun after we’ve done with everything, my friends and cousins said “not bad… banyak budget…?!” I was like “hmmm…? Dah habis simple kot ni…” (dalam hati je la) haha Nampak sangat la membazirnya kitorang ni.

We buy quite everything related to hantaran at Nilai Square, Nilai. To be specific, ThankQ Pavillion. Senang shopping kat situ, semua di bawah satu bumbung. Oh ye, kalau tak ada kat TQ besar tu, ada branch dia yang kecil sikit. Jalan-jalan one day, dapat beli semua. Siap ada contoh hantaran kat sana. Buat survey sekejap, pick color theme and then we start buy things needed. Simple! Well, itupun ada la patah balik cari benda yang tak ada macam manik kilat-kilat and bunga kecil-kecil untuk accessories kat hantaran. But then as a whole I puas hati dengan hasilnya.

Basically, yang kat Nilai tu, Cuma bekas barang hantaran je. Barangnya belum cari. The next weekend, we go to KL – Sogo, Masjid Jamek, Jalan TAR. As I said, we did as simple as we can. Asalnya, buat 5-7 je. Jadi, bagi yang wajib je. Untuk perempuan (mine), sireh, kek, sejadah, telekung and baju persalinan (untuk nikah). For my other half, sireh, kek, baju persalinan, wallet and belt set, kain pelekat, cincin risik and tunang dengan kemeja and pants. Barang kering beli je mana yang jumpa. Tak ada nak survey sangat. Lagipun masa tu puasa faham-faham je lah kan. Bak kata my husband-to-be, jumpa, pakai jadi je lah. So, we did that.

Balik rumah, petang tu jugak jalan-jalan survey baju untuk hari kejadian. Mula tu kononnya, ingat nak beli. Tapi bila fikir balik, kos semuanya, baiklah tempah je. Sebab I ni banyak songeh. Si dia pun tak berapa rajin nak layan I pusing-pusing cari semua yang diperlukan. I cannot go by myself sebab taste tak sama nanti kalau dia tak suka, takkan nak masam muka masa bertunang, kan? I mean, if we decide to buy baju tunang tu, mesti nak accessories yang sesuai jugak. Then bayangkan nak settle semua tu, tak payah la. Jadi, kami pun pusing Kanchong Darat sampai pekan Banting cari butik pengantin. Tengok fesyen diorang ok ke tak then make-up plak. Tapi, prioritynya mestilah price. Eheh. The next day lepas habis consider semuanya, we decided to hire kak Nana from Nanako Bridal. Harga ok, servis pun awesome. My fiance pun puas hati dengan make-up dia.

Cincin memang antara yang paling awal cari sebab tu yang penting sekali kan, takut lupa last minute nanti. Lagipun, we have to consider yang harga emas cepat naik. Mahalnya emas sekarang aduhai. Beli 2 urat je nak dekat ribu. Tapi, kira ok lah tu kan, emas bukanya basi... Satu we all beli kat Habib Jewels. Satu lagi beli rembat Tomei punya. Dua-dua tu kat Alamanda, Putrajaya. 

Pasal gambar pulak, memang dah decide awal-awal takkan hire photographer. We both find it difficult to believe in their charges. Alahai, gambar je kot, apa yang mahal sangat tah. So, I asked my ex-roommate coz she used to do photography session untuk wedding. She said, belanja kita tambang pergi balik + makan tempat tinggal pun jadi lah, tak payah bayar. Alhamdulillah, settle!

Last but not least, tinggal rumah la, sebab rumah perempuan yang terima tetamu kan. My mom prepare the menu, cari bahan nak masak semua and call my makcik-makcik untuk majlis tu. Sponsored by my dad of course. Camana la nak bayar bayar balik agaknya ye? Thanks ibu, ayah. Sayang semua! Mwah.

Saturday, November 5, 2011

Building Relationship

It takes two to tango
That’s how you maintain good relationship
our feelings falter when we are weary
I don’t have energy for anyone when I’m weary
I become dependent on anyone who shows me the slightest concern

That is how a girl feels
That's how when someone we love leave her

So, don't worry when a girl cares about you so much so it irritates you. Starts to worry when she doesn't care any more.

Have faith in love. Try to understand your partner. Read about them physically and psychologically. InsyaAllah you will get along well together.

Friday, November 4, 2011

Penghapus Dosa 2 Tahun

SUMBER


Puasa hari Arafah juga dikenali dengan puasa hari Wukuf ialah puasa sunat pada hari kesembilan Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. 

Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda:“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Hari Arafah
i. Bagi penduduk Makkah, Hari Wukuf di Arafah adalah sehari sebelum Hari Nahar (Idul Adha) mengikut ketentuan kerajaan Arab Saudi.
ii. Bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.
iii. Hari Arafah (9 Zulhijjah) mempunyai keistimewaan tertentu yang sewajarnya diambil kesempatan oleh kaum muslimin.
iv. Masa berpuasa Arafah adalah 9 Zulhijjah mengikut ketentuan rukyah awal bulan Zulhijjah negara masing-masing.



9 Zulhijah tahun 2011 bersamaan dengan Sabtu, 5/11/2011, jom puasa ramai-ramai...!

Thursday, November 3, 2011

Make-up Bertunang

I love the finishing touch. She is so professional and damn good. 



She did not in any way do something I would not like. She did it very well. You can see more of her works HERE

Most of the time, when mak andam applies the make-up on pengantin, they tend to do whatever they like (or want in that matter) like plucking and refining eyebrows. They can't do that and they have no right too. My married older sister said her mak andam did that. I also saw another mak andam does that to my dearest friends and cousins. I don't know why but I think they thought it makes the make-up perfect. I just can't...  Allah forbids, we follow. 

I thanked her so much for the service. I and my fiancee indeed satisfied. Murah & puas hati. Berbaloi tempah dengan kak Nana. Her husband did photography too but we didn't take him - budget kot... Takpelah,baru bertunang kan. InsyaAllah wedding nanti we engage him as well - definitely will also depends on the budget... huuu

Anyhow, we got RM150 make-up + RM150 persalinan pluss accessories. Tempat lain yang kami survey semua charge another RM50 for accessories. We are really grateful for that. They are absolutely on the list for our not-so-soon wedding! (^_^) Thanks kak Nana. You are awesome!

Oh well, thanks to her husband, we get this photo for free! excited & happy - exclusively edited by him. cantik okeh. pro.

sengaja "antik"kan gambar ni, malu I hehe. Anyway, siapa cari servis pelamin, make-up pengantin and photography package (lengkap all in one), duduk area banting, dengkil, klang and shah alam, I suggest you all take them, gerenti puas hati. Kalau jauh-jauh pun boleh kot, but I guess you have to pay some extra charge service (pengangkutan la kot).

UPDATE : so sorry to Najwa sebab reply mesej lambat sangat...
pergi kat link ni ye Nanako Bridal & Photography, ada contact number dorang.